Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jabatan Kerajaan Disaran Bekerjasama Dengan Media Salur Maklumat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jabatan Kerajaan Disaran Bekerjasama Dengan Media Salur Maklumat


KOTA BHARU:  Jabatan dan agensi kerajaan disaran menjalin hubungan akrab dengan pihak media bagi memudahkan saluran maklumat dengan olahan yang mudah difahami rakyat.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata jabatan dan agensi kerajaan perlu bijak menggunakan kepakaran pihak media bagi memastikan maklumat disampaikan secara lebih berkesan.

"Hubungan intim antara media dan jabatan kerajaan perlu sentiasa ada dan dipelihara kerana kebanyakan jabatan 'sukar untuk hidup tanpa media' malah dengan sokongan media peranan setiap jabatan lebih 'hidup', "katanya ketika berucap merasmikan Majlis Anugerah Kewartawanan Kelantan 2016 di sini, malam tadi.

Mustapa yang juga Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Kelantan berkata, terdapat sesetengah pihak memarahi media kerana berita mengenai mereka tidak disiarkan.

"Di sinilah pentingnya hubungan dengan media. Saya dahulu sentiasa mengadakan pertemuan dengan ketua-ketua pengarang media bagi bertanyakan tentang isu-isu semasa, "katanya.

Beliau berkata media juga memainkan peranan penting dalam menjelaskan kepada rakyat sesuatu isu yang timbul dalam negara ini supaya kesejahteraan dan keharmonian terus kekal.

Mustapa berkata pengamal media memahami 'sempadan' dan kalau ada yang melampaui batas maka tindakan tegas akan dikenakan oleh Kementerian Dalam Negeri.

"Di negara luar, banyak laporan tidak bertanggungjawab dan kita di sini bernasib baik kerana media masih memainkan peranannya dengan baik. Saya gembira kerana media memahami dan banyak membantu dalam menyampaikan segala aspirasi kerajaan dan berharap hubungan dengan media akan berkekalan, "katanya.

Pada Majlis Anugerah Kewartawanan Kelantan 2016 itu, Jurufoto Bernama Kelantan Zahari Abdul Razak, 54, menerima Anugerah Sepanjang Hayat dengan pengalaman selama 30 tahun dalam bidang fotografi.

Jurugambar Sambilan Bernama Kelantan, Shahuri Awang@ Saidi, 31, dinobatkan penerima Anugerah Foto Terbaik dengan hadiah wang tunai RM1,000 beserta piala dan sijil penghargaan.
- BERNAMA


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2hBbCvB

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.