Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jambatan Sultan Yusof hubung Teluk Intan-Manjung tutup awal demi keselamatan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jambatan Sultan Yusof hubung Teluk Intan-Manjung tutup awal demi keselamatan

Jambatan Sultan Yusof yang menghubungkan Teluk Intan-Manjung terpaksa ditutup sehari awal kepada pengguna bagi memberi laluan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan ‘pot bearing’ jambatan itu.

Jurutera Daerah Jabatan Kerja Raya (JKR) Hilir Perak Abdul Rani Harun berkata buat permulaan, JKR menutup laluan kepada kenderaan berat seperti lori bermula pagi tadi ekoran kerja-kerja pembaikan sudah pun dimulakan serta bimbang akan keselamatan pengguna jika kenderaan berat masih melalui jambatan itu.

“Kemudian, bermula 6 petang tadi, barulah kami ambil keputusan untuk menutup jambatan kepada semua kenderaan berbanding jadual asalnya adalah pada pukul 5 pagi esok, kami memohon maaf atas  kesulitan penutupan awal kedua-dua arah jambatan ini,” katanya kepada Bernama hari ini.

Mengikut jadual asal, jambatan yang lebih dikenali sebagai Jambatan Batu 5 akan ditutup mulai pukul 5 pagi esok hingga 5 pagi keesokan harinya kepada orang ramai bagi memberi laluan kepada kerja-kerja membaiki kerosakan dan penyelengaraan.

Justeru, Abdul Rani meminta orang ramai menggunakan laluan alternatif yang mana pihaknya telah meletakkan papan tanda bagi memudahkan pengguna menggunakan laluan tersebut.

Dalam laman sosial dan aplikasi sosial, ramai pengguna mengeluh memaklumkan jambatan sudah ditutup lebih awal dan rentetan itu, Jalan Kampung Bahagia di sini, sesak ekoran hanya laluan itu sahaja laluan alternatif menghubungkan Bagan Datuk dan Sabak Bernam, Selangor untuk ke Manjung selepas jambatan ditutup. – BERNAMA

 

Sumber: Mynewshub



Sumber Jambatan Sultan Yusof hubung Teluk Intan-Manjung tutup awal demi keselamatan

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wS8EFx

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.