Kanak-kanak Perempuan Cedera Disyaki Didera Keluarga
LUNDU - Seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun 11 bulan cedera pada bahagian anggota badannya termasuk patah tulang lengan disyaki didera oleh ahli keluarganya.
Ketua Polis Daerah Lundu, Deputi Superintendan Wong Chee Keong berkata, berdasarkan laporan daripada pegawai perubatan, kanak-kanak malang itu didapati mengalami lebam pada muka, badan, kaki dan tangan.
"Hasil imbasan x-ray juga mendapati mangsa mengalami patah tulang pada lengan dan tangan kanannya.
"Mangsa kini dirujuk ke Unit Ortopedik di Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk tindakan selanjutnya," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.
Sambil menambah, kes itu masih lagi dalam siasatan. - K! ONLINE
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wyAdnh
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment