Keluar dengan Fatin Afeefa, peminat doa Adam Shahz rujuk
BIARPUN mengambil keputusan berpisah pada 15 Mei lalu, pasangan selebriti Adam Shahz dan Fatin Afeefa tidak mahu perceraian tersebut menjadi permusuhan antara mereka.
Adam, 35, menerusi sebuah foto yang dimuat naik di Instagram mengakui masih keluar bersama bekas isterinya itu biarpun sudah membawa haluan masing-masing.
Baca artikel sebelum: “Dia suami dan ayah terbaik, dia cintakan saya lebih dari sesiapa di dunia tapi saya sia-siakan dia” – Luahan Fatin Afeefa tuntut cerai terlalu awal akibat terpengaruh kata-kata rakan
“Tak salah rasanya kalau saya keluar dengan bekas isteri. Yang berlaku biarlah berlaku. Tak perlu bermusuh. Kita semua hamba-Nya dilahirkan atas rasa cinta.
“Kenapa perlu letak benci kalau tidak lagi bersama,” ujarnya.
Antara komen peminat yang mahu mereka kembali bersama.
Adam, 35, menceraikan Fatin dengan talak satu pada 30 Mei lalu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling.
Adam menjelaskan perkara itu selepas sebuah foto dia sedang menikmati makan malam di sebuah gerai bersama bekas isterinya mendapat perhatian netizen.
Foto yang dimuat naik oleh pemilik gerai itu mendapat reaksi positif netizen yang berharap pasangan itu kembali hidup bersama.
Adam mendirikan rumah tangga dengan Fatin atau Fatin Nur Afifah Shamsudin, 22, pada 21 Disember 2013.
Sumber: Mstar
Sumber Keluar dengan Fatin Afeefa, peminat doa Adam Shahz rujuk
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vDrZ0E
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment