Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kemana Pelakon Wan Maimunah Yang Terkenal Ketika Dahulu Menghilang? Ikuti Kisah Terkini Beliau Yang Amat Menyedihkan.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kemana Pelakon Wan Maimunah Yang Terkenal Ketika Dahulu Menghilang? Ikuti Kisah Terkini Beliau Yang Amat Menyedihkan..

Seniwati Wan Maimunah kini dirawat di Hospital Jasin, Melaka selepas mengalami bengkak jantung dan jangkitan kuman pada paru-paru.

Timbalan Presiden, Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Zulkifli Mohamad, 50, berkata, Wan Maimunah atau nama sebenarnya Wan Maimunah Wan Abdul Aziz, 63, dimasukkan ke hospital itu beberapa hari lalu selepas mengalami sakit dada.

Wan Maimunah Alami Bengkak Jantung, Jangkitan Kuman

“Kak Wan sebelum itu sudah mendapatkan rawatan di beberapa hospital namun penyakitnya gagal dikesan sehiggalah pihak Hospital Jasin mengesyaki dia menghidap sakit berkenaan,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Ahad.

Zulkifli atau lebih dikenali sebagai Zack, bekas anggota kumpulan Kool berkata, pihak Seniman mendapat tahu berita itu beberapa hari lalu dan terus memutuskan melawatnya pada Ahad untuk bertanya khabar dan memberi sedikit bantuan.

Kata Zulkifli, dalam pertemuan itu Wan Maimunah menceritakan sebelum ini dia berada di Mekah selama sebulan sebelum pulang dan tinggal bersama anak angkatnya di Sungai Udang, Melaka.

Menurutnya, Wan Maimunah sering mengalami sakit dada sehinggalah dia ditahan di hospital itu ketika mendapatkan rawatan.

 

Dalam pertemuan itu Wan Miamuah menangis kerana tidak menyangka ada pihak yang masih mengingatinya dan sudi meluangkan masa melawat dia yang kini sedang sakit.

“Dalam pertemuan itu Kak Wan turut meluahkan perasaan sedih apabila dia tidak lagi mendapat tawaran berlakon sejak kebelakangan ini dan berasa seolah-olah dipingirkan,” katanya yang turut ditemani dramatis Zuraini Kasim melawat pelakon itu.

Zulkifli berkata, pihak Seniman akan memantau keadaan kesihatan pelakon itu dan memberi bantuan sewajarnya jika keadaan memerlukan.

Sementara itu Wan Maimunah yang dihubungi mStar Online malam Ahad meminta maaf tidak dapat untuk ditemubual kerana keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan.

“Minta maaf ya ‘anak’… Kak Wan tak boleh nak bercakap, letih sangat ni. Nanti-nantilah ya. Minta maaf sangat ya,” pintanya.

Dalam kerjaya seni, Wan Maimunah banyak berlakon dalam drama dan filem tempatan termasuklah berkebolehan membawakan watak komedi dan antagonis.

Dia pernah memenangi kategori Artis Komedi Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) selama lima tahun berturut-turut dari 1992 sehingga 1996.

Pada tahun 2002, dia memenangi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Anugerah Skrin menerusi drama Rumah Di Tengah Sawah.

Wan Maimunah pernah gagal dalam beberapa perkahwinannya termasuklah dengan usahawan dari Johor iaitu Makpol Saimon, 57.

 

Mereka berkahwin pada 14 Disember 2013 di sebuah hotel di Johor Baru dan bercerai pada April 2015 tanpa berkongsi sebabnya.

sumber : http://ift.tt/2wlkcSt



✍ Sumber Pautan : ☕ Tahukah Anda Rakyat Malaysia?

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uhlr7z

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.