Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kementerian Pengangkutan Umum Polisi Baru Pemasangan Cermin Gelap Bermula Januari 2018.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kementerian Pengangkutan Umum Polisi Baru Pemasangan Cermin Gelap Bermula Januari 2018..

Kereta yang baru didaftarkan perlu memasang cermin gelap jenis MS 2269 bermula Januari 2018. (Foto komposit)

KUALA LUMPUR – Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai mengumumkan, kereta yang baru didaftarkan perlu memasang cermin gelap jenis MS 2669 bermula Januari 2018.


Beliau berkata, pemasangan ini merupakan satu langkah untuk menyelaraskan cermin gelap yang mengikut piawaian filem yang diiktiraf SIRIM Berhad, Jabatan Pengangkutan Jalan Raya, dan Puspakom Sdn Bhd.


Selain itu, Liow Tiong Lai turut berharap agar pengusaha cermin gelap mematuhi peraturan baru ini bagi memastikan kepentingan dan keselamatan pengguna diutamakan.

Kementerian Pengangkutan juga jelas serius dalam hal ini apabila akan menggunakan “Label Keselamatan MS QR Code” bagi mengimbas keseragaman cermin gelap yang digunakan oleh para pengguna.

Memetik laporan Utusan Online, Liow Tiong Lai berkata, “Penetapan ini belum diwajibkan sebaliknya sebagai inisiatif awal kementerian dan pihak penguatkuasa menyeragamkan penggunaan cermin gelap dalam kalangan pengguna.”



Liow berucap dalam majlis pelancaran mekanisme penyelarasan piawaian filem penghadang haba kenderaan bermotor, langkah ini adalah bagi memastikan pengusaha cermin kereta mematuhi peraturan kadar ketelusan cahaya atau VLT.

Peraturan yang dikeluarkan oleh JPJ ialah, VLT 70 peratus (cermin depan); 50 peratus (cermin sisi pemandu dan penumpang hadapan); 30 peratus (cermin belakang dan sisi penumpang belakang).


Namun demikian, menurut Liow yang juga Presiden MCA, ramai pengguna ingkar dengan peraturan ini kerana mahu mengurangkan kepanasan serta pengusaha cermin gelap tidak menerangkan polisi yang betul kepada para pelanggan.


Bagi memastikan langkah ini berjalan lancar, Kementerian Perdagangan dalam Negeri, Koperasi, dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan memberi kerjasama dengan memantau para pengusaha dan penjual cermin gelap akan mematuhi polisi baru ini.


✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wlYAoP

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.