Kesan Pemansuhan Dasar Kabotaj Dikaji Semula - James Masing
Susulan ketidakpuasan hati komuniti perkapalan di Sarawak terhadap pemansuhan dasar sabotaj yang dilaksanakan Jun lalu, terdapat pihak yang menggesa kerajaan persekutuan mengkaji semula kesan pemansuhan tersebut.
Memetik laporan Utusan Borneo, Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar Dr James Masing berkata Kementerian Pembangunan Infrastruktur dan Pengangkutan Sarawak bersama Kementerian Pengangkutan Malaysia akan melaksanakan kajian terperinci kesan susulan pemansuhan dasar kabotaj.
"Pada masa ini, masih terlalu awal untuk mengukur kesan pemansuhan tersebut. Malah kajian terhadap pemansuhan itu dijangka bakal mengambil masa setahun," katanya.
Masing yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pengangkutan menambah kedua-dua pihak mahupun dari kerajaan pusat dan kerajaan negeri menitikberatkan kebimbangaan komuniti perkapalan Sarawak terhadap dasar tersebut.
“Tetapi dapat disimpulkan bahawa kedua-dua kementerian akan bertemu dari semasa ke semasa dengan pihak berkepentingan untuk memantau sama ada terdapat impak ke atas industri perkapalan tempatan atau pemansuhan dasar kabotaj memerlukan kajian lanjut,” katanya. - Sarawakiana
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vEh3iJ
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment