KONTROVERSI KONTROVERSI ZAHID TIDAK SEPATUTNYA BERLAKU
KUALA LUMPUR – Kontroversi membabitkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dengan Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika ini adalah isu peribadi.
Veteran Umno, Tengku Razaleigh Tengku Hamzah berkata, pertelingkahan membabitkan dua tokoh politik ini ditimbulkan kerana PRU14 semakin hampir.
“Ini adalah masalah peribadi masing-masing dan tidak sepatutnya timbul.
“Saya rasa, ini semua berlaku sebab nak pilihan raya sahaja,” katanya pada Jamuan Rakyat Anak Kelantan 2017 di Istana Budaya, semalam.
Ditanya adakah Ahmad Zahid dan Mahathir perlu bersumpah laknat bagi ‘membersihkan diri’, beliau berkata, itu adalah pilihan masing-masing sama ada untuk melakukannya atau sebaliknya.
Bagaimanapun Ahli Parlimen Gua Musang itu mengingatkan rakyat supaya tidak terlalu terikut-ikut dengan isu melibatkan ahli politik berkenaan.
– SH
.
✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ufHbN6
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment