Hi! Welcome Back and Stay Tune! Mahathir Wajar Mendedahkan Apa Sebenarnya Yang Berlaku Dalam Insiden Memali - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Mahathir Wajar Mendedahkan Apa Sebenarnya Yang Berlaku Dalam Insiden Memali



Istilah tiada apa yang patut disorokkan memang sedap didengar. istilah berkenaan juga seringkali dijadikan bahan momokan politik hanya untuk meraih sokongan dikalangan para penyokong setia. Namun, persoalannya, berapa ramai yang sanggup menyerlahkan istilah berkenaan kepada kehidupan sebenar?

Menyentuh mengenai insiden menyayat hati di Kampung Memali pada tahun 1985, apa yang sebenarnya yang berlaku pada tahun berkenaan masih belum terungkai sepenuhnya. Malah, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menjadi Perdana Menteri pada ketika itu juga kekal mengunci mulut berhubung kematian 14 orang nyawa serta mencederakan berpuluh yang lain.

Ketika diajukan tentang insiden Memali pada majlis Nothing to Hide 2.0 di Shah Alam Ahad lalu, beliau memilih untuk mengelak dari menjawab soalan berkenaan. Malah, ketika soalan berkenaan diajukan juga telah wujud kekecohan yang sengaja dicetuskan oleh ahli Armada PPBM sendiri untuk mengelakkan Mahathir menanggung malu lebih besar.

Ironinya, sekiranya soalan berkenaan tidak diajukan pada majlis berkenaan, Mahathir sememangnya lebih senang untuk mendiamkan diri. Dia seolah-olah berharap, insiden berkenaan dilupakan begitu sahaja dan dia lebih gemar meletakkan semua beban kesalahan di bahu bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam yang juga Menteri Dalam Negeri pada ketika itu.

Dalam satu kenyataan, Tun Musa Hitam memberitahu, beliau sudah terlalu penat menanggung beban menjadi 'kambing hitam' dalam insiden berkenaan. Segala bebanan dan tuduhan termasuk ada yang melabelkannya sebagai pembunuh, ditanggung sendirian oleh beliau kerana pada ketika itu, segala media yang ada di negara ini dikawal sepenuhnya oleh Mahathir.

Malah, beliau sendiri pernah menawarkan diri untuk mengadakan temubual eksklusif mengenai insiden berkenaan namun, tiada media yang berminat untuk mengadakan sesi berkenaan. Jadi, segala tanggungjawab berhubung isu berkenaan kekal berada di bahunya sehinggalah beliau terpanggil untuk menerangkan apa yang sebenarnya berlaku dalam insiden Memali melalui bukunya, Frankly Speaking.

Kini, terserah kepada Mahathir sendiri untuk menerangkan kepada semua waris 14 orang mangsa tragedi Memali yang masih menuntut jawapan sebenar Mahathir. Jika Mahathir merasakan, orang ramai akan melupakan insiden berdarah berkenaan, namun dia harus sedar bahawa waris kepada 14 orang mangsa termasuk Allahyarham Ibrahim Libya masih menunggu keadilan ditegakkan.

Mahathir usah begitu mudah lepas tangan dan menyatakan itu perkara lama kerana insiden berkenaan membabitkan nyawa manusia yang dihukum sebelum tiba waktunya.

✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wOL4KH

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.