Hi! Welcome Back and Stay Tune! Malaysia Juara Kumpulan A - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Malaysia Juara Kumpulan A


SHAH ALAM: Malaysia melangkah separuh akhir acara bola sepak Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) sebagai juara Kumpulan A selepas menundukkan Laos 3-1 di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Kemenangan itu membolehkan skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee mengekalkan rekod bersih dengan memenangi kesemua empat perlawanan peringkat kumpulan dan akan berdepan naib juara Kumpulan B, sama ada Vietnam, Thailand atau Indonesia di separuh akhir nanti.

Dalam perlawanan itu, Kim Swee melakukan kira-kira lapan perubahan dalam kesebelasan utama berbanding ketika berdepan Myanmar, Isnin lalu, dan menyaksikan anak buahnya memulakan aksi dengan sedikit perlahan.

Malaysia terpaksa menunggu hingga minit ke-27 untuk membuka tirai jaringan menerusi Jafri Firdaus Chew yang bijak melakukan tindakan susulan selepas percubaan Syafiq Ahmad terkena palang gol.

Kedudukan itu bagaimanapun bertahan hanya lima minit apabila Laos membuat kejutan dengan gol penyamaan, hasil sepakan percuma menarik Phanthavong Thanin.

Bagaimanapun, pemain negara kembali di depan selepas bola sepakan kapten, Adib Zainudin tertampan pertahanan Laos sebelum menerjah gawang sendiri.

Syafiq hampir menambah gol ketiga Malaysia, namun percubaannya dari luar kotak penalti pada minit ke-71 sedikit tersasar di penjuru kiri pintu gol.

Laos turut melakukan beberapa gerakan dan percubaan ke kubu Malaysia untuk menyamakan kedudukan namun tidak berhasil.

Sebaliknya, Jafri terus menambah derita Laos apabila meledak gol ketiga Malaysia pada masa tambahan selepas merembat masuk bola hantaran Akhyar Abdul Rashid. - BHOnline

Foto Asyraf Hamzah


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vqcoNq

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.