Hi! Welcome Back and Stay Tune! Rakyat Rohingya Sokong Pasukan Bola Sepak Malaysia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Rakyat Rohingya Sokong Pasukan Bola Sepak Malaysia


Demam bola sempena Sukan Sea 2017 Kuala Lumpur masih lagi terasa. Ini bukan demam biasa-biasa tapi semestinya demam panas!

Mana taknya, bola ni diibaratkan seperti ‘ibu segala pingat’… Kalau pasukan Harimau Muda dapat ‘menangkap’ pingat tersebut, memang pesta habis negara kita!

Walaupun pelbagai berita yang kurang enak didengari semenjak kejadian salah cetakan bendera negara seberang, Indonesia, namun itu tidak membuatkan skuad negara berputus asa.

Bukan itu sahaja, semasa pertembungan antara Malaysia dan Myanmar pada Isnin lalu, berlaku juga kejadian yang mana dua orang penyokong Myanmar dibelasah teruk oleh penyokong Malaysia sendiri.

Keesokan harinya selepas perlawanan, tular di laman Twitter yang mana ketika perlawanan berlangsung, terdapat beberapa orang warga Rohingya yang turut sama menyaksikan perlawanan itu. Apa yang sedikit menyentuh hatinya ialah apabila mereka sendiri menyokong skuad negara kita.

Mana taknya, warga Rohingya ini mereka sendiri telah dihalau dari tanah air mereka oleh golongan Buddha Myanmar. Tak kurang itu juga, ada warga Rohingya yang dibunuh dengan kejam di negara sendiri.

Seorang pengguna laman Twitter telah memuat naik satu tweet yang menunjukkan tiga orang Rohingya yang menyokong sambil memakai mafla bertulis ‘Malaysia’.

Rata-rata netizen melahirkan rasa sedih setelah melihat gambar tersebut. Mereka turut berada dalam barisan penyokong Ultras Malaya yang mana merupakan penyokong tegar bola sepak tanah air.

Ada juga yang mengatakan bahawa mereka menyokong Malaysia kerana sedar akan niat mereka yang sebenar, yang mana mereka ke sini untuk mencari rezeki dan bukannya untuk membuat kecoh.

Kebanyakannya orang Rohingya yang datang ke Malaysia semestinya tujuan mereka untuk lari dari menjadi mangsa pembunuhan kejam di negara mereka sendiri. Mana tidaknya, duduk di negara sendiri pun rasa tak tenang. – MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafizah


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wHL41H

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.