Malaysia, Ukraine Sambut 25 Tahun Jalinan Diplomatik
PUTRAJAYA – Malaysia dan Ukraine hari ini meraikan ulang tahun ke-25 hubungan diplomatik, dengan komitmen untuk meningkatkan lagi hubungan.
Bersempena peristiwa bermakna itu, Duta Besar Ukraine di Malaysia Olexander Nechytaylo dan Setiausaha Bahagian (Hal Ehwal Dua Hala) Kementerian Luar Malaysia Kamsiah Kamaruddin hari ini menanam dua batang pokok di Taman Putra Perdana di sini.
Bunga raya dan berangan menjadi pokok pilihan untuk ditanam bagi memperingati ulang tahun ke-25 hubungan diplomatik antara kedua-dua negara, yang bertepatan pula dengan tarikh ulang tahun ke-26 Hari Kemerdekaan Ukraine.
“Saya percaya hubungan kami semakin hari semakin makin kukuh. Kami telah sama-sama lalui waktu senang dan mencabar,” kata Nechytaylo kepada pemberita selepas upacara itu.
Beliau juga mengulangi komitmen Ukraine untuk berusaha mencari keadilan bagi mangsa Penerbangan MH17 Malaysia Airlines serta menegaskan bahawa perkara itu menjadi bukti kukuh dalam usaha mengeratkan lagi hubungan antara kedua-dua negara pada masa akan datang.
“Kami berazam untuk memperjuangkan keadilan dan sudah tentulah bersama-sama Malaysia, Belanda, Australia dan Belgium,” kata Nechytaylo.
Pesawat jenis Boeing 777 itu ditembak jatuh pada 17 Julai 2014 ketika terbang di ruang udara Ukraine dan mengorbankan kesemua 298 penumpang dan anak kapalnya.
Ukraine dan Malaysia adalah antara lima negara yang menganggotai Pasukan Penyiasatan Bersama mengenai peristiwa menembak jatuh MH17 bersama-sama Belanda, Australia dan Belgium. – BERNAMA
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2g8feom
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment