Hi! Welcome Back and Stay Tune! "Mereka Suruh Saya Nyanyi Pakai Tudung? Saya Gila Atau Mereka?" - Sahara Yaacob - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

"Mereka Suruh Saya Nyanyi Pakai Tudung? Saya Gila Atau Mereka?" - Sahara Yaacob

"Mereka Suruh Saya Nyanyi Pakai Tudung? Saya Gila Atau Mereka?" - Sahara Yaacob

KUALA LUMPUR, 21 Ogos — Penyanyi veteran Sahara Yaacob sama sekali tidak mahu dipisahkan daripada fesyen rambutnya apabila membuat persembahan pentas.

Sahara, 61, berkata sebagai penyanyi yang menerima jolokan “Tina Turner Malaysia”, sewajarnya beliau berpenampilan begitu di pentas nyanyian.

Disuruh Menyanyi Pakai Tudung, Ini Jawapan Sahara Yaacob

“Saya seorang penyanyi dan saya dikenali dengan rambut saya. Mereka mahu saya pakai tudung? Pernah kita dengar dan lihat Tina Turner menyanyi pakai tudung?

“Mereka mahu membuang identiti saya. Mereka mahu mengawal saya dan bidang saya. Siapa mereka, mahu campur hal saya?” katanya kepada ProjekMMO.

Penyanyi Peronda Jaket Biru membuat kemunculan semula tahun lalu selepas mendapat pendedahan media mengenai kesusahan hidup.

Kembali dengan imej rambut menggerbang dalam satu persembahan pentas hujung tahun lalu, Sahara berkata beliau sekadar menggunakan rambut palsu.

Katanya, hijab masih dipakai di luar persembahan dan segala tohmahan orang akan diterimanya. Saya sudah berada dalam industri ini lebih 40 tahun.

Disuruh Menyanyi Pakai Tudung, Ini Jawapan Sahara Yaacob

“Saya berkecimpung sejak 1968. Mereka suruh saya menyanyi pakai tudung? Saya gila atau mereka yang gila?” katanya.

Sahara, nama popular Zaharah Mohd Yaacob, berkata apa jua yang dilakukan adalah perhitungannya dengan Tuhan dan tidak melibatkan pihak lain.

Katanya, hijab hanyalah penampilan luaran namun apa yang dilihat Tuhan adalah keikhlasan dalam amalan.

“Ya, agama itu penting. Tetapi agama itu antara kita dengan Tuhan. Tidak perlu berlakon untuk menjadi alim. Allah lebih tahu.

“Kalau hati tidak betul, pakai serban sebesar rumah pun tiada makna. Allah tidak pandang serban atau tudung kita. Dia pandang hati yang bersih.

“Jadi tolong jangan tunjuk pandai dengan saya. Saya tidak mahu orang bercakap yang bukan-bukan dengan saya. Saya sudah masak untuk itu.” katanya.


Sumber "Mereka Suruh Saya Nyanyi Pakai Tudung? Saya Gila Atau Mereka?" - Sahara Yaacob

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2w7j31e

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.