Hi! Welcome Back and Stay Tune! Shah Rukh Bayar Ganti Rugi Filem Jab Harry Met Segal - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Shah Rukh Bayar Ganti Rugi Filem Jab Harry Met Segal




SEBUT sahaja nama Shah Rukh Khan pasti ramai teringat watak Rahul dalam filem Kuch Kuch Hota Hai yang dilakonkannya. Baru-baru ini hero pujaan ramai ini telah muncul dengan filem terbarunya yang bertajuk Jab Harry Met Segal.

Namun, dengar-dengarnya filem ini kurang mendapat sambutan dan keadaan ini telah memaksa Shah Rukh Khan untuk membayar ganti rugi kepada syarikat pengedar filem, NH Studioz.

Menurut laporan Bollywood Life, filem yang memilih Eropah sebagai lokasi penggambarannya itu kurang mendapat sambutan yang memberangsangkan.

“Shah Rukh Khan mungkin terpaksa membayar sejumlah wang untuk menampung kerugian yang dialami oleh pelabur filem berkenaan.

“Filem itu juga dikatakan mengalami banyak kerugian disebabkan kurang promosi dijalankan berbanding filem-filem yang lain.

“Ini merupakan kekecewaan berganda buat Shah Rukh Khan kerana tahun lalu filem Dilwale juga mengalami kerugian sehingga dia terpaksa membayar 50 peratus ganti rugi kepada pengedar filem itu,” kata sumber dipetik laporan Astro Awani.

Tahun lepas, Shah Rukh Khan dikatakan perlu memulangkan 50 peratus bayaran sebagai ganti rugi filem Dilwale. Biarpun Dilwale menjadi satu fenomena di negara ini gara-gara gandingannya dengan Kajol setelah 20 tahun, namun ianya masih gagal meraih kutipan yang tinggi di India.

Filem Dilwale turut kurang mendapat pujian jika dibandingkan dengan filem Bajrangi Bhaijaan yang lebih mendapat sambutan. Filem itu juga dikatakan telah banyak menimbulkan kontroversi dan kurang dipromosikan. Mungkin sebab itu, Shah Rukh Khan bertanggungjawab memulangkan kembali separuh bayarannya.

Walau bagaimanapun isu pembayaran ganti rugi filem Jab Harry Met Segal itu masih dalam perbincangan antara pihak Shah Rukh Khan dengan NH Studioz dan mereka akan keluarkan kenyataan rasmi kepada media tidak lama lagi. – MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vsjSiR

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.