Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kerajaan Wajar Tubuhkan RCI Lahad Datu, Bela Nasib Anggota Polis Terbunuh - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kerajaan Wajar Tubuhkan RCI Lahad Datu, Bela Nasib Anggota Polis Terbunuh






Bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Musa Hassan menggesa kerajaan menubuhkan satu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasa dan mengkaji insiden serangan ke atas daerah Lahad Datu di Sabah yang menyebabkan pertempuran berhari-hari antara tentera Malaysia dan kumpulan bersenjata dari Filipina yang dihantar oleh Jamalul Kiram III.

Dalam satu kenyataan media hari ini, beliau berkata RCI berkenaan perlu untuk menyiasat adakah sebarang kelemahan berlaku ketika kejadian itu sehingga menyebabkan beberapa anggota keselamatan termasuk anggota polis terbunuh.

"Elok juga buat RCI Lahad Datu yang melibatkan anggota-anggota polis terbunuh oleh penyerang Jamalul Kiram.

"Kita juga mahu tahu jika ada kelemahan sesiapa yang menyebabkan anggota-anggota polis terbunuh semasa operasi, mereka perlu dibela," katanya dalam kenyataan berkenaan.

Musa berkata selain kelemahan, RCI berkenaan juga akan mencari langkah penyelesaian supaya insiden sama tidak berulang lagi pada masa akan datang.

Selain itu, selepas insiden Lahad Datu ada dakwaan bahawa ada individu tertentu terlibat dalam insiden berkenaan termasuk beberapa pemimpin politik tertentu yang dikatakan menghasut pihak tertentu supaya datang menyerang Malaysia.

"Pihak RCI berkenaan akan mengetahui pihak mana yang menjadi dalang memberi maklumat atau membuat perkara yang menyebabkan keamanan negara kita tergugat sehingga ada kumpulan yang sanggup datang dan menceroboh menyerang negara kita.

"Ahli keluarga mangsa dan anggota polis terkorban perlu tahu bagaimana ia boleh terjadi dan pihak mana yang melakukan perkara tidak bertanggungjawab sehingga insiden tragedi hitam ini terjadi," katanya.

Insiden Lahad Datu berlaku pada 11 Februari 2013 apabila sekumpulan 235 orang dari Filipina bersenjata mendarat di Kampung Tanduo dan mereka menggelarkan diri mereka Angkatan Keselamatan Diraja Kesultanan Sulu dan Borneo Utara.

Pada 1 Mac, satu pertempuran telah berlaku antara Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan pengikut Agbimuddin Kiram sehingga menyebabkan dua anggota PDRM dari pasukan Komando 69, Inspektor Zulkifli Mamat dan Sarjan Sabaruddin telah terbunuh.

Pada 13 Mac, pada pukul 6.30 petang, seramai enam anggota polis pula mati akibat serangan hendap oleh penceroboh bersenjata berkenaan di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna.




Tan Sri Musa Hassan
Bekas Ketua Polis Negara
24 Ogos 2017

✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vi4N4h

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.