Hi! Welcome Back and Stay Tune! Gadis berlakon tawar khidmat urut tapi sebenarnya tawar khidmat seks - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Gadis berlakon tawar khidmat urut tapi sebenarnya tawar khidmat seks

JABATAN Imigresen Tawau menahan 21 warga asing termasuk 13 wanita dipercayai menawarkan khidmat seks dalam serbuan di beberapa pusat hiburan dan spa sekitar Tawau, malam tadi.

Operasi bermula 10 malam itu susulan risikan serta maklumat orang awam berikutan ada antara premis terbabit menggaji pekerja asing tanpa dokumen dan permit kerja yang sah.

Ketua Jabatan Imigresen Tawau, Noraini Rasi berkata, pihaknya percaya ada antara premis yang diserbu berselindung di sebalik pusat refleksologi bertujuan mengaburi pihak berkuasa.

"Ketika serbuan, kita dapati mereka bukan saja berpakaian tidak sopan malah tidak menunjukkan ciri-ciri sebagai pekerja pusat urut dan refleksologi selain dicurigai menawarkan perkhidmatan seks," katanya hari ini.

Noraini berkata, pemeriksaan juga mendapati ada antara premis terbabit mempunyai bilik serta laluan rahsia dan ia terbongkar apabila pihaknya berjaya mengesan beberapa pekerja cuba meloloskan diri dengan bersembunyi di bilik berkenaan.

Katanya, pihaknya turut menemui beberapa barangan berkaitan kegiatan seks seperti kondom.

"Semua yang ditahan dibawa ke Pusat Tahan Sementara (PTS) Tawau untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63," katanya.

Koleksi video viral edisi 2017




✍ Sumber Pautan : ☕ Oh! Semput

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2g7HPKH

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.