Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kes Keracunan Makanan: Cuma 1 Atlet Masuk HKL - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kes Keracunan Makanan: Cuma 1 Atlet Masuk HKL



KUALA LUMPUR – Pihak berkuasa sedang menyiasat punca menyebabkan 16 atlet Malaysia yang menyertai pelbagai acara di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) mengalami keracunan makanan.

Presiden Persekutuan Sukan Asia Tenggara (SEAGF) Tan Sri Tunku Imran Tunku Ja’afar bagaimanapun berkata hanya seorang daripada mereka yang dimasukkan ke wad Hospital Kuala Lumpur dan dijangka keluar hospital hari ini.

Kontinjen Malaysia berpangkalan di sebuah hotel terkemuka di Jalan Ampang.

Beliau berkata pegawai dari Jawatankuasa Pengelola Sukan SEA Malaysia , Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Institut Sukan Negara sedang meneliti insiden itu.

Tunku Imran, yang juga Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) tidak menolak kemungkinan insiden itu berpunca daripada makanan luar yang diambil atlet.

“Menu adalah standard di kesemua hotel… ia adalah menu atlet dan bergantung kepada sukan dan keperluan diet atlet,” beliau memberitahu satu sidang akhbar di pusat media KL2017 di sini hari ini.

Kontinjen tuan rumah Malaysia berjumlah 1,234 orang termasuk 844 atlet dalam edisi ke-29 sukan serantau itu yang berlangsung dari 19 hingga 30 Ogos.

Sementara itu, Setiausaha Kehormat MOM, Datuk Low Beng Choo berkata maklumat lanjut mengenai insiden ini akan dikeluarkan selepas menerima laoran penuh daripada pihak berkuasa berkaitan.

“Agak sukar untuk mengenal pasti punca (keracunan makanan) kerana atlet mewakili sukan berbeza dan pergi ke venue yang berlainan. Kerana itulah kenapa kami perlu berhati-hati kerana kami tidak mengetahui puncanya,” katanya.

Dalam isu lain, Tunku Imran berkata mereka yang dipertanggungjawabkan dalam soal keselamatan perlu lebih berjaga-jaga di dalam acara di mana ketegangan adalah tinggi dengan kecenderungan kelakuan penonton yang tidak terkawal.

Mengenai aduan isu pengangkutan KL2017, beliau berkata:” Kami tahu pengangkutan tidak sempurna, Ia perlu menjadi baik atau lebih baik.” – BERNAMA


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2g8Yc9x

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.