Thai Diramal Terima Hujan Ribut Tropika Hato
BANGKOK – Ribut tropika, Hato dijangka membawa lebih banyak hujan di bahagian atas Thailand dalam tempoh 24 jam akan datang, kata Jabatan Meteorologi Thailand hari ini, lapor agensi berita Thailand (TNA).
Kira-kira 70 peratus kawasan di Bangkok diramal dilanda ribut petir mulai petang hingga malam.
Ribut Hato yang berpusat di Nanning China kini bergerak ke bahagian barat dengan kelajuan 35 kilometer sejam.
Ia dijangka bergerak dengan kelajuan sedikit rendah di selatan China berhampiran sempadan utara Laos dan Vietnam dalam tempoh dua hari.
Orang ramai dan pelancong dinasihatkan untuk sentiasa mengikuti perkembangan terkini cuaca. – BERNAMA
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xvEDfg
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment