KDNK (GDP) UK Suku Tahun Kedua Tidak Berubah, Perbelanjaan Pelaburan Mendatar
Keluaram dalam negara kasar (KDNK) UK untuk suku tahun kedua berkembang 0.3% sama seperti data pada semakan pertama dan juga jangkaan penganalisis. Bagi data tahun ke tahun kekal di paras 1.7% juga seperti yang dijangkakan.
Manakala bagi data pelaburan perniagaan tidak berubah pada suku tahun kedua, walaupun pasaran menjangkakan kenaikan 0.4% selepas indeks meningkat 0.6% pada suku tahun pertama
Bagi data tahun ke tahun pula mendatar sepanjang bulan April-Jun, berbanding jangkaan kenaikan 0.5% dan 0.7% pada suku tahun pertama. Perbelanjaan isi rumah meningkat 0.1% dalam tempoh 3 bulan, peningkatan paling perlahan sejak tiga tahun yang lalu dengan tiada sumbangan pada perdagangan.
Laporan indeks perkhidmatan UK pula meningkat 0.5% bulan ini, berkembang seperti yang dijangkakan selepas meningkat 0.4% pada bulan lepas.
Eksport meningkat 0.7% , berada sedikit rendah berbanding jangkaan kenaikan 1.0%, manakala import pula naik 0.7% berbanding jangkaan kenaikan sebanyak 0.5%.
Sebelum laporan dikeluarka, matawang GBP/USD didagangkan pada 1.2787, kemudian berada di paras 1.2816 setakat jam 5.30 petang. EUR/GBP pula sebelum ini berada di paras 0.9218, jatuh ke paras 0.9202, manakala GBP/JPY meningkat ke paras 140.02
Keyakinan terhadap ekonomi UK masih bercampur dengan data ekonomi di zon Eropah yang meningkat melebihi jangkaan, menyebabkan prestasi ekonomi UK dilihat akan melemah di bahagian eropah.
Perubahan kaji semula data KDNK UK dilihat tidak akan merubah arah sentimen ekonomi di sana dengan keyakinan dan jangkaan terhadap perbelanjaan pengguna akan terus melemah.
The post KDNK (GDP) UK Suku Tahun Kedua Tidak Berubah, Perbelanjaan Pelaburan Mendatar appeared first on MOSHED.COM.
✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2itFvOy
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment