Ansel Elgort mahu kembali ke Malaysia
TIDAK ramai selebriti Hollywood turun ke Malaysia semata-mata mempromosikan filem mereka.
Namun berbeza dengan bintang utama Baby Driver, Ansel Elgort dan Lily James yang diterbangkan ke Malaysia oleh Sony Pictures Entertainment bersama Pengarahnya, Edgar Wright.
Tidak hanya menemui media dan blogger, Elgort yang mula dikenali menerusi filem Divergen dan The Fault In Our Stars (2014) datang ke Kuala Lumpur dua hari lebih awal berbanding James yang tiba bersama Edgar pada Ahad malam, sempat menemui peminat di Pavilion bagi tayangan perdana filem berkenaan.
Gambar Elgort berjalan di beberapa tempat menarik seperti Batu Caves, kuil Buddha, KLCC dan ketika melayan peminat menjadi viral serta mendapat pujian ramai.
Elgort, 23, yang ditemui pada sidang media di Hotel Ritz-Carlton, Isnin lalu, memuji keenakan durian dan nangka.
“Saya rasa sangat seronok sepanjang berada di sini,” katanya.
Elgort sebelum bergerak ke Thailand tiga hari selepas berada di Malaysia berjanji untuk kembali semula menerusi laman sosialnya.
Sementara itu, bintang yang mencipta nama menerusi filem Cinderella mengakui terkejut dengan sambutan hangat peminat di sini.
Berkongsi penglibatannya di dalam filem ini, James berkata, dia berpeluang mempelajari pelbagai perkara daripada Wright dan Elgort selain turut membantunya dalam mencipta keserasian di set.
“Ia bukan hanya sebuah filem. Seperti mana yang saya katakan, ia sebuah peralihan. Saya berpeluang belajar banyak benda.
“Bukan sekadar lakonan, tapi lontaran suara dan banyak lagi. Ia jadi kenangan terindah buat saya dalam ,” ujar duta My Burberry Blush ini.
Filem aksi berbeza
Selepas kali terakhir muncul dengan filem The World’s End pada 2013, Wright kembali dengan Baby Driver yang mendapat pujian dari majoriti pengkritik filem. Pujian demi pujian itulah yang membuatkan ramai peminat tidak sabar menyaksikan filem ini di pawagam.
Ternyata, pujian itu bukan sekadar mempromosikan filem ini tetapi Baby Driver sendiri mempunyai kelebihannya.
Tidak hanya mempertaruhkan babak skil pemanduan kereta semata-mata, filem ini ibarat sebuah filem muzikal yang sarat dengan muzik funk, pop dan rock.
Pertukaran babak juga bergerak laju, di samping lakonan mantap pelakon dan kerja kamera yang cukup kemas. Boleh dikatakan, di mana sahaja ada ruang kosong, Wright cuba mengisinya dengan kamera, sekali gus membolehkan penonton melihat dari pelbagai sudut.
Secara ringkasnya, filem ini mengisahkan remaja yang dipanggil Baby (Elgort) terlibat dengan sindiket rompakan. Baby mempunyai skil pemanduan luar biasa dan sentiasa mendengar muzik di telinganya.
Baby tersepit kerana masalah hutang lampau yang terpaksa ditunaikan kepada Doc (Spacey) yang juga mastermind dalam rompakan.
Pada masa yang sama dia bergelut untuk terus melakukan aktiviti ini dan menjadi seorang remaja normal yang ingin bebas.
Apakah yang akan berlaku? Anda harus menonton filem ini!
The post Ansel Elgort mahu kembali ke Malaysia appeared first on Berita Viral.
✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xffnum
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment