Ini padahnya bila tak mau bayar parkir
LIAONING - CHINA. Sebuah firma pengurusan kediaman menggunakan cara tersendiri bagi mengajar pemandu yang enggan membayar caj parkir dengan memindahkan kereta mereka di atas bumbung di timur laut China.
Dalam satu insiden yang dilaporkan berlaku di bangunan kediaman di Benxi, wilayah Liaoning tu seorang pemandu pada mulanya diminta memberhentikan keretanya oleh pengawal keselamatan untuk menuntut bayaran parkir.
Wanita itu bagaimanapun enggan membayar caj berkenaan dan selepas berlaku pertengkaran, wanita itu terus meninggalkan kereta sedan miliknya, betul-betul di hadapan di pondok pengawal.
Tindakan wanita itu menimbulkan masalah kepada kenderaan lain untuk masuk ke kawasan kediaman berkenaan, menyebabkan syarikat pengurusan memindahkan kereta wanita itu ke atas bumbung pondok pengawal menggunakan kren bagi memberikan pengajaran kepadanya.
Wanita terbabit kemudian membuat laporan polis dan wakil syarikat berkenaan dipanggil untuk menyelesaikan masalah itu. Susulan perbincangan itu, kereta tersebut diturunkan semula.
Sama ada wanita itu telah membayar caj parkir atau sebaliknya, tidak diketahui, lapor South China Morning Post
✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2w7ebZU
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment