Hi! Welcome Back and Stay Tune! Malaysia Menang Tipis Ke Atas Singapura - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Malaysia Menang Tipis Ke Atas Singapura



SHAH ALAM - Pasukan bola sepak wanita kebangsaan mempamerkan persembahan cemerlang untuk menewaskan Singapura 1-0 pada perlawanan persahabatan antarabangsa kelas 'A' di Stadium Mini UiTM malam tadi.

Kedua-dua pasukan mempamerkan aksi bertenaga sebaik wisel pertama ditiup oleh pengadil Muhammad Zamzaidi Katimin dengan beberapa serangan dilancarkan ke atas kubu masing-masing.

Namun ketumpulan barisan serangan negara menyaksikan sekurang-kurangnya dua peluang terhidang gagal disempurnakan dan tiada jaringan dihasilkan sehingga masa rehat.

Skuad bimbingan Mohd. Asyraaf Fong Abdullah yang menghuni ranking ke-80 dunia itu memecah kebuntuan pada minit ke-49 setelah rembatan mengelirukan Usliza Usman dari sebelah kiri menerjah gawang gol Singapura yang dikawal oleh Nur Fadhillah Hassan.

Selang 10 minit selepas jaringan pertama, penyerang kebangsaan, Daddree Rofinus hampir menambah jaringan buat skuad negara namun rembatan kencang beliau berjaya ditepis Nur Fadhillah.

Pasukan Singapura di bawah kendalian K. Balagumaran turut mempunyai beberapa peluang untuk menghasilkan jaringan namun ketangkasan penjaga gol negara Nurul Azurin Mazlan berjaya menafikan usaha itu.

Asakan demi asakan pasukan wanita Harimau Malaya untuk menambah jaringan bagaimanapun gagal disudahkan barisan penyerang kebangsaan dan keputusan 1-0 kekal sehingga wisel penamat.

Keputusan positif yang dicapai ini pastinya memberi suntikan semangat buat skuad negara sebelum membuka kempen Sukan SEA Kuala Lumpur (KL2017) pada 15 Ogos bertemu Filipina.

Sebagai rekod, pencapaian terbaik pasukan wanita ialah pada edisi Sukan SEA 1995 di Chiangmai, Thailand yang menyaksikan skuad negara di bawah bimbingan S.Paramasivam berjaya meraih pingat perak. - BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vGUv11

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.