Hi! Welcome Back and Stay Tune! Petronas Teruskan Pelaburan Sosial Korporat Di Luar Bandar Sarawak - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Petronas Teruskan Pelaburan Sosial Korporat Di Luar Bandar Sarawak

MIRI, 10 Ogos (Bernama) -- Petronas berikrar akan meneruskan program Pelaburan Sosial Korporatnya (CSI) bagi meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat luar bandar di Sarawak.

Ketua Pembangunan dan Pengeluaran Aset Minyak Malaysia Sarawak (Hulu) Petronas Carigali Sdn Bhd Anuar Ismail berkata ketika ini antara projek CSI yang sedang dilaksanakan di Sarawak ialah Projek Eko Marin Petronas-Sarawak Forestry yang bernilai RM8 juta di Kompleks Tukun Sibuti.

"Projek ini akan membawa pulangan sosioekonomi besar kepada penduduk Sarawak, terutamanya masyarakat tempatan di Miri. Ia akan meletakkan Miri dalam peta selam dunia dan bertindak sebagai pemangkin industri pelancongan yang penting bagi memacu ekonomi negeri," katanya pada majlis makan malam Jaringan Petronas-Persatuan Wartawan Utara Sarawak (NSJA), semalam.

Di samping itu, beliau berkata projek itu turut akan menyumbang kepada populasi ikan yang lebih tinggi di perairan Miri, sekali gus akan memberi lebih peluang menangkap ikan dan menambah pendapatan kepada nelayan tempatan.

"Saya harap anda (media) akan menulis lebih banyak mengenai projek CSI kami di Miri dan kawasan utara, terutamanya manfaat alam sekitar dan sosioekonomi," katanya sambil menambah selain memelihara alam sekitar Petronas juga terlibat dalam pembangunan pendidikan negeri dengan memberi biasiswa kepada mereka yang layak. -- BERNAMA


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vGYdrv

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.