Hi! Welcome Back and Stay Tune! Misteri LPT2 terjawab! 3 buah kereta hampir kemalangan pada masa yang sama! - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Misteri LPT2 terjawab! 3 buah kereta hampir kemalangan pada masa yang sama!

Misteri LPT2 terjawab! 3 buah kereta hampir kemalangan pada masa yang sama!

Misteri LPT2 terjawab! 3 buah kereta hampir kemalangan pada masa yang sama!

Lebih kurang jam 9.40 malam semalam, kami dari Terengganu menuju ke Kuala Lumpur menggunakan laluan LPT2. Sampai di kawasan Rasau, tiba-tiba kereta berlanggar dengan satu objek melintang yang betul-betul terletak di tengah jalan. Akibatnya, kereta kami hilang kawalan. Mujur pemandu dapat mengawal kenderaan dan berhenti di tepi jalan. 

Kami terus keluar dan melihat apa yang dilanggar tadi. Tetapi ada sebuah lagi kereta terlanggar objek yang sama dan pemandunya hilang kawalan dan hampir terbabas. Alhamdulillah, mereka juga selamat dan berhenti betul-betul di belakang kereta kami. 
Tidak lama kemudian, sebuah lagi kereta melanggar objek itu. Ya Allah, masa itu memang takut sangat sebab kereta yang ketiga ini membunyikan hon seperti menyuruh kami mengelak kerana dia mungkin susah nak kawal stereng keretanya yang dipandu dengan kelajuan tinggi. Yelah, lebuhraya lurus dan tengah lengang, kan? Kereta ketiga ini juga selamat dan berhenti di tepi jalan. 
Setelah diperiksa, barulah ‘misteri’ terjawab. Besi panjang berat lebih 20 kilogram berada di tengah-tengah jalan. 
Kereta kami, Perodua Alza, tayar depan dan belakang bahagian kiri bocor dan sport rim juga bengkok, retak, memang tidak boleh digunakan. 

Kereta kedua, Proton Saga, tayar depan pecah dan sport rim juga rosak. Tetapi pemandunya hanya menukar tayar dan meneruskan perjalanan. 

Kereta ketiga kalau tak silap, model Mazda. Katanya airbag terbuka dan tidak mengalami sebarang masalah yang lain. Jadi dia teruskan perjalanan selepas kejadian itu. 
Yang menjadi persoalannya, bagaimana besi itu boleh berada di tengah-tengah jalan? Masalah bertambah serabut apabila:
  1. LPT2 tidak menyediakan khidmat towing. 
  2. Peronda lebuhraya hanya datang melihat keadaan sahaja dan tidak bantu menukar tayar (kami tidak cukup peralatan)
  3. Coverage on off, kejap edge, kejap no service.
  4. Kami terpaksa menghubungi pihak insurans kereta untuk minta carikan lori towing terdekat. 

Alhamdulillah semua selamat, tiada yang cedera. Cuma kami kesal dengan khidmat dan keadaan jalan itu. Nak tak nak, semua terpaksa tambah cuti kerja nak selesaikan laporan polis, nak tunggu kereta siap, duit keluar lagi dan macam-macam lagi. 

Saya berharap, pihak LPT2 dapat buat sesuatu dengan kejadian ini. 
Sumber: Muhir Rashid
Via: TR


Sumber Misteri LPT2 terjawab! 3 buah kereta hampir kemalangan pada masa yang sama!

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vbITAu

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.