Nama Unik Buat Rasmi Sering Diejek Di Sekolah
NAMANYA yang sedikit unik dan lain dari yang lain ini membuatkan Rasmi Abdullah sedikit menonjol dari adik-beradiknya yang lain sejak di bangku sekolah lagi.
Menurutnya, nama yang diberi bapanya, Abdullah Magiri, 60, menjadikan Rasmi istimewa memandangkan dia merupakan anak sulung daripada empat beradik.
Walau pun begitu, wanita berusia 34 tahun ini berkongsi cerita dia sering diejek oleh rakan-rakan di sekolahnya kerana namanya yang pelik dan terlalu ringkas.
“Setiap kali ada majlis perasmian, mesti kawan-kawan kata, ‘juru acara panggil kau tu Rasmi, pergilah,” katanya.
Tambahnya lagi, dia turut berasa geram dengan usikan dan ejekan kawan-kawan pada mulanya, tetapi dia tidak terlalu mengendahkan usikan tersebut. Dia juga lebih suka berfikiran positif apabila ada di antara orang sekeliling mentertawakan namanya dengan menganggap namanya mudah diingati.
Dengan ejaan nama yang sangat ringkas seperti tidak cukup suku kata itu, Rasmi beranggapan tiada apa yang perlu dibimbangkan.
“Apa yang penting, kawan-kawan senang panggil nama saya… ini tak, ada nama sampai berbelit nak sebut dan menyusahkan semua orang.
“Bila orang terpaksa baca sampai dua, tiga kali nama saya yang tertera pada buku atau dokumen, saya pasti tolong bacakan betul-betul supaya mereka tak salah eja dan baca,” katanya.
Rasmi juga menyatakan byline atau namanya senang ditulis di dada-dada akhbar ketika dia menggalas tugas sebagai wartawan suatu ketika dahulu.
“Tapi bila dah berkerjaya, nama tu macam susah juga sebab tiap kali menemu ramah orang, mesti mereka ingat pemilik nama tu lelaki,” katanya memetik laporan sebuah akhbar.
Sejak menceburi bidang perniagaan pakaian terpakai, nama Rasmi sering disalah panggil menjadi ‘Resmi’ oleh pihak pembekal kerana lebih nampak keperempuanan.
Ibu kepada dua orang cahaya mata ini turut memberikan pandangannya terhadap nama-nama panjang yang diberikan pasangan ibu bapa kepada anak-anak kini sebagai lebih kepada mengikut trend peredaran zaman.
“Adik beradik lelaki saya pun nama pendek-pendek sahaja seperti Mubarak, 24, dan Mahadir, 27… cuma adik bongsu sahaja nama panjang sedikit iaitu Nursyuhadatul Ain, 16,” tambahnya lagi.
Sumber: MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim
Sumber Nama Unik Buat Rasmi Sering Diejek Di Sekolah
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uFXRS8
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment