Hi! Welcome Back and Stay Tune! Nampak Bapa Saudara Rentung Atas Katil - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Nampak Bapa Saudara Rentung Atas Katil


Lelaki warga emas rentung selepas katil ditiduri dalam rumahnya di Kampung Perupok, Yan, Kedah, terbakar, hari ini.

Dalam kejadian disedari 8 pagi itu, mayat bekas Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Perupok, Lazim Talib, 80, ditemui rentung di atas katil berkenaan selepas api berjaya dipadamkan.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Yan, Fauzi Shuaib berkata, pihaknya menerima panggilan pada 8.47 pagi dan lima anggota bersama seorang pegawai dihantar ke lokasi kejadian.

Menurutnya, sebaik tiba bomba mendapati kebakaran membabitkan sebuah katil dalam rumah dan api berjaya dipadamkan penduduk kampung.

“Kami menemui mayat seorang lelaki di atas katil dan mangsa dikatakan tinggal seorang diri.

“Mayat mangsa diserahkan kepada polis sebelum dibawa ke Unit Forensik Hospital Yan untuk bedah siasat," katanya.

Menurutnya, punca kebakaran dan nilai kerugian masih dalam siasatan.

Sementara itu, anak saudara mangsa, Abd Rahim Ahmad, 50, berkata dia bergegas ke rumah bapa saudaranya itu selepas dimaklumkan mengenai kebakaran itu.

Katanya, sebaik tiba, dia terpaksa memecahkan pintu depan untuk masuk kerana semua pintu berkunci dan mendapati ruang tempat tidur bapa saudaranya dipenuhi asap manakala bapa saudaranya itu sudah rentung.

“Saya bersama beberapa jiran memadamkan api pada tilam sebelum melaporkan kejadian kepada pihak berkuasa," katanya yang ditemui di tempat kejadian.-myMetro


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2f3LhFE

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.