Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pasangan Ini Berpisah Kerana Anak Mereka Terlalu Kacak - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pasangan Ini Berpisah Kerana Anak Mereka Terlalu Kacak



BIASALAH alam rumah tangga pasti ada pahit manisnya. Kadang-kadang gembira, kadang-kadang berduka. Begitulah yang terjadi kepada satu pasangan di China yang berpisah kerana anak mereka terlalu kacak. Pelik bukan?

Ya, wanita yang dikenali sebagai Zhang itu berpisah dengan pasangannya hanya kerana anak mereka, Wang Ye terlalu kacak.

Dikatakan mereka telah membuat ujian DNA akibat rasa curiga oleh bekas suami Zhang dan hasilnya, anak lelaki yang dibesarkannya selama 28 tahun itu ternyata bukanlah anak kandung mereka.

Pasangan itu juga bingung apabila rakan-rakan dan keluarga mereka turut mempersoalkan wajah kacak anaknya itu jika dibandingkan dengan mereka.

Hal ini juga yang telah menimbulkan keraguan kepada si suami sehingga membuatkan pasangan ini berpisah dan perkahwinan mereka turut terjejas.

Satu lagi ujian DNA dibuat pada 2016 selepas tujuh tahun mereka berpisah kerana ‘bapa’nya masih tidak berpuas hati dengan kekacakan anaknya itu. Namun, keputusan DNA itu masih sama seperti dulu.

“(Anak lelaki saya) ada mata yang besar dan hidung yang mancung. Ayahnya tidak kacak dan agak berbeza (dengan anak lelaki),” kata Zhang kepada Kan Kan News.

Zhang mengesyaki anak kandungnya ditukarkan dengan Wang Ye selepas bersalin di sebuah hospital di Shanghai pada bulan Februari 1989

Zhang dan Wang Ye dilapor akan mengambil tindakan undang-undang terhadap hospital tersebut kerana pihak hospital berkenaan tidak mahu memberikan penjelasan atas alasan mereka tidak menemui rekod bagi tempoh itu.

Kini, mereka dalam proses mencari keluarga kandung Wang Ye walaupun mereka tahu mereka tidak mempunyai sebarang petunjuk.

Harap-harapnya Wang Ye dan Zhang dapatlah jumpa keluarga kandung masing-masing ya.. – MYNEWSHUB.CC


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2hzgEZq

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.