Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pegawai Polis Dalam Proses Dibuang Kerja - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pegawai Polis Dalam Proses Dibuang Kerja


Pegawai polis berpangkat Inspektor yang ditahan hanya berseluar dalam di tandas wanita sebuah pusat beli-belah di Alor Setar, Isnin lalu, kini dalam proses dibuang kerja kerana mempunyai rekod buruk membabitkan enam kesalahan lampau.

Ketua Polis Kedah Datuk Asri Yusoff berkata, pegawai berusia 32 tahun itu melakukan kesalahan menipu surat sijil sakit, tidak membuka kertas siasatan, mengambil dadah dan tidak hadir ke tempat kerja selama 90 hari.

Menurutnya, lelaki terbabit sebelum ini bertugas di Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah namun disebabkan beberapa kesalahan dilakukannya, dia ditempatkan sementara di Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) IPK Kedah.

"Suspek juga dalam proses dibuang kerja kerana kesalahan dilakukannya malah dalam kejadian dia masuk ke tandas wanita itu, dia berada dalam keadaan halusinasi dan doktor mengesahkan dia mempunyai masalah sakit mental," katanya kepada pemberita pada sidang media di IPK Kedah, di sini, hari ini.

Portal berita Harian Metro Selasa lalu melaporkan seorang pegawai polis berpangkat Inspektor ditahan ketika berseluar dalam di tandas wanita di sebuah pusat beli-belah di Alor Setar.

Penahanan pegawai itu dibuat berikutan maklumat yang tular di media sosial mengenai kelakuan pegawai polis yang sering memasuki tandas wanita di premis berkenaan akhir-akhir ini.

Tangkapan dibuat 12.30 tengah malam Isnin lalu, selepas polis menerima maklumat terdapat individu menimbulkan suasana tidak senang dalam kalangan pengunjung.-myMetro


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wvLlSA

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.