Penduduk Risau Babi 'Main Buaian'
Pihak berkuasa diminta mengambil tindakan bagi menyelesaikan masalah kehadiran sekumpulan babi hutan di taman permainan Jalan Bayu 16, Bandar Seri Alam, Johor, sejak lebih sebulan lalu.
Kesucian peralatan taman permainan itu dipersoalkan apabila Nur Aisyah Samian, 26, memuat naik gambar dan video sembilan babi hutan memasuki taman permainan itu petang semalam.
Video dan gambar yang dimuat naik Nur Aisyah di Facebook (FB) mendapat perkongsian 4,800 netizen.
"Ini adalah kali pertama saya melihat sembilan ekor babi hutan berkeliaran di taman permainan kawasan itu.
"Sebelum merakam gambar berkenaan, saya sekeluarga dari Taman Megah Ria melalui kawasan berkenaan sebagai jalan pintas ke Plentong untuk keluar makan.
"Terkejut melihat babi hutan dan atas rasa tanggungjawab sebagai umat Islam, saya ambil gambar, video dan muat naik di FB supaya penduduk lebih berhati-hati kerana haiwan ini haram bagi umat Islam," katanya.-Harian Metro
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vl5MTV
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment