Pemandu Honda CRV WB 8679 C Anda Dicari Oleh Pihak Polis
Satu video yang viral yang mencecah sehingga 2.4 juta tontonan di Facebook yang memaparkan satu kes kemalangan langgar lari melibatkan seorang penunggang motosikal di Lebuhraya Sprint pada Sabtu lalu.
Pihak polis kini sedang mengesan pemandu kenderaan jenis Honda CRV untuk membantu siasatan kes berkenaan. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din meminta supaya pemandu SUV tersebut yang menggunakan nombor pendaftaran WB 8679 C tampil segera dalam membantu siasatan polis.
Menurut laporan dari Mstar Online, kejadian tersebut berlaku pada pukul 1.16 petang Sabtu. Pemandu Honda CRV itu dilihat masuk ke lorong paling kiri secara melulu sehingga penunggang motosikal tersebut tidak sempat mengelak dan terjatuh.
Pemandu tersebut tidak berhenti malah terus meninggalkan lokasi kejadian. Penunggang motosikal tidak mengalami kecederaan serius dan cuma luka ringan dan dibawa ke klinik yang berdekatan.
Insiden tersebut berjaya dirakam oleh seorang pengguna jalanraya yang lain sehingga menjadi viral di media sosial.
Koleksi video viral edisi 2017
✍ Sumber Pautan : ☕ Oh! Semput
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uxG7Ua
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment