Perenang Kelahirkan Sarawak Sasar 2 Emas Sukan SEA Ke-29
KUALA LUMPUR: Dua emas menjadi sasaran awal atlet renang negara Welson Sim apabila turun beraksi pada edisi ke-29 Sukan SEA di Kuala Lumpur dalam tempoh dua minggu lagi.
Atlet berusia 20 tahun itu dijadual beraksi dalam acara 200, 400 dan 1,500 meter gaya bebas.
“Walaupun menyertai tiga acara individu, saya meletakkan sasaran dua emas. Acara 1,500m adalah bonus jika mampu muncul juara,” jelasnya pada sidang media program Kita Juara, semalam.
Welson antara sandaran utama negara dalam merealisasikan emas skuad renang yang menampilkan 12 lelaki dan 11 wanita.
Jurulatih negara Paul Birmingham menjelaskan saingan di pentas Asia Tenggara sangat kompetitif dengan kehadiran atlet bertaraf antarabangsa.
Singapura menyenaraikan pemenang emas Olimpik Rio, Joseph Schooling dan Quah Zheng Wen dengan kedua-dua meraih 10 emas keseluruhan.
Perenang wanita Vietnam Nguyen Thi Anh Vien yang meraih lapan emas Sukan SEA 2015 dilaporkan akan menyertai 10 hingga 12 acara di Kuala Lumpur.-myMetro
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wyIEz6
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment