Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pergerakan Matawang Forex Pada Pembukaan Sesi Asia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pergerakan Matawang Forex Pada Pembukaan Sesi Asia

Pada pembukaan pasaran Asia, dolar US masih kekal di atas selepas jatuh ke paras terendah 15-bulan lalu berikutan data-data pekerjaan yang positif pada minggu lepas. Data-data ekonomi Amerika pada minggu ini akan menjadi kunci kepada kekuatan greenback, adakah ia akan bertahan di atas untuk tempoh yang lama atau tidak.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan berbanding enam matawang utama yang lain meningkat 0.75% kepada 93.447 pada Jumaat lepas. Kenaikan ini menghentikan penurunan berterusan yang telah mencapai paras terendah sejak bulan Mei 2016 pada 92.548 hari Rabu yang lalu.

Pasangan matawang USDJPY yang susut ke paras 110.00 yen, kemudian naik 0.1% kepada 110.785 pada hari Jumaat menghampiri paras tertinggi minggu lepas pada 111.050. Yen masih bergerak di paras yang sama setakat jam 9.24 pagi.

Data positif nonfarm payrolls (NFP) pada Jumaat lepas berada di luar jangkaan. Perkara ini akan telah mengurangkan sedikit keraguan para pelabur terhadap Federal Reserver untuk menaikkan kadar faedahnya sekurang-kurangnya sekali pada Desember tahun ini.

Ketua Strategi Forex di IG Sekuriti Tokyo, Junichi Ishikawa berkata, “Minggu ini adalah minggu penting untuk dolar. Peningkatan yang terhad terhadap bon 10 tahun US walaupun dengan gaji yang meningkat menyebabkan pergerakan inflasi US masih di lihat bergerak perlahan”

“Data seperti indeks pengguna dan pengeluar akan menjadi baik untuk menghilangkan keraguan ini. Jika ini berlaku dolar akan mencapai titik peralihan yang sebenar”.

Laporan indeks pengeluar bagi bulan Julai akan dikeluarkan pada hari Khamis dan indeks pengguna pula pada hari Jumaat.

Matawang Aussie menaik sedikit sebanyak 0.19% kepada $0.7945 selepas susut 0.7% minggu lepas.GBPUSD pula meningkat 0.08% kepada 1.3052 manakala EURUSD meningkat sebanyak 0.16% kepada 1.1791.

 

The post Pergerakan Matawang Forex Pada Pembukaan Sesi Asia appeared first on MOSHED.COM.



✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vvNVuk

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.