Hi! Welcome Back and Stay Tune! PM puas hati persiapan KL2017 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PM puas hati persiapan KL2017


KUALA LUMPUR: Perkembangan semasa persediaan Malaysia selaku tuan rumah temasya serantau Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur (KL2017) sentiasa dipantau Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, beliau sentiasa memberikan perkembangan terkini mengenai persiapan negara kepada Perdana Menteri yang berharap Malaysia muncul juara keseluruhan serta menjadi penganjur terbaik.

"Perdana Menteri sendiri baru saja melawat Stadium Nasional Bukit Jalil untuk melihat sendiri kemudahan dan sebagainya," kata Khairy ketika ditemui pada majlis perhimpunan terakhir Sukarelawan KL2017 di Bukit Jalil, hari ini.

"Saya percaya dan yakin setakat ini, beliau berpuas hati dengan segala persiapan yang sudah kita lakukan.

"Cabaran yang diberikan kepada kita untuk menjadi penganjur terbaik dan juara keseluruhan adalah cabaran yang besar, namun saya dan rakan-rakan dalam kontinjen negara menerima cabaran itu dan Insya-Allah kita akan menjayakannya."

Pagi tadi, Perdana Menteri bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor mengambil bahagian dalam Larian Obor KL2017 yang bermula dari Persiaran KLCC ke Menara NAZA.

Larian Obor diadakan sempena KL2017 dan Sukan Para ASEAN Ke-9, yang menjelajah seluruh negara mulai 14 Mei hingga 12 Ogos ini dan akan berakhir di ibu negara. - BHOnline


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uecwzS

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.