Ramai Pelik Kenapa Pemenang Pingat Sukan SEA Dapat Anak Pokok. Ini Sebabnya.
Ramai yang tertanya-tanya kenapa pemenang pingat untuk Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur 2017 diberi anak pokok.
Bukan hanya rakyat Malaysia, malah rakyat negara lain turut sama tertanya-tanya apa sebenarnya motif tuan rumah memberi anak pokok untuk pemenang pingat.
Menerusi Faizal Dé Shah, kami kongsikan apa sebenarnya motif Malaysia memberi bakul berisi patung dan anak pokok.
Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur 2017.
Semua perasan tak setiap peserta yang menang akan dapat pingat dan bakul berisi patung & anak pokok?
Itu adalah kelainan yang dibawa oleh negara kita sebagai tuan rumah. Tujuan untuk menyokong pemulihan hutan dalam pemuliharaan biodiversiti.
Dipanggil One Medal, One Tree, semua pemenang akan dihadiahkan anak pokok. Bagi atlet Malaysia, siapa yang menang emas, anak pokok dia akan ditanam khas pada satu kawasan dan diberi nama atlet tersebut.
Contoh, Hafiz yang menang emas dalam pecut 100M, selepas tamatnya sukan ini, anak pokok dia akan diambil dan ditanam serta diberi nama Hafiz.
Tertanya-tanya jenis anak pokok? Durian? Rambutan? Ketum?
Bukan...tiga jenis anak pokok tersebut ialah syzygium polyanthum (Salam), garcinia hombroniana (Bruas) dan syzygium malaccense (Jambu Bol).
Sumber Ramai Pelik Kenapa Pemenang Pingat Sukan SEA Dapat Anak Pokok. Ini Sebabnya.
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wFHQM4
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment