Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sarawak Catat 2,097,766 Pelawat Lima Bulan Pertama 2017 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sarawak Catat 2,097,766 Pelawat Lima Bulan Pertama 2017


KUCHING, 9 Ogos (Bernama) -- Sarawak mencatat 2,097,766 ketibaan pelancong dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini, meningkat 291,223 pelawat atau 16.12 peratus daripada tempoh sama tahun lepas.

Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan negeri Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata angka itu juga menunjukkan peningkatan sebanyak 273,130 pelawat asing atau 31.27 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas iaitu sebanyak 873,471.

Sementara itu, 561,532 pelawat dari Semenanjung dicatat dalam tempoh Januari hingga Mei tahun ini, berbanding 456,821 bagi tempoh sama tahun lepas, katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Terdahulu, Abdul Karim merasmikan pelancaran penerbangan sulung AirAsia dari Kuching ke Langkawi, laluan baharu yang akan mengadakan empat penerbangan seminggu pada Isnin, Rabu, Jumaat dan Ahad.

Abdul Karim kemudian menyaksikan perlepasan penerbangan AK 5093, yang meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada 12.55 tengah hari.

Dalam ucapannya, Abdul Karim berkata kerajaan negeri bekerjasama rapat dengan syarikat penerbangan tambang rendah itu untuk mengadakan lebih banyak penerbangan terus ke Sarawak dan menurut beliau, syarikat penerbangan lain juga dialu-alukan mengadakan penerbangan terus dari Kuching.

Katanya Sarawak berpotensi besar menjadi destinasi pelancongan pilihan utama dan beliau mengakui lebih banyak usaha perlu dilakukan untuk menjadikan negeri ini destinasi pelancongan yang lebih menarik. -- BERNAMA


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ww6V9C

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.