Hi! Welcome Back and Stay Tune! Serangan Pakatan AS Korbankan 29 Penduduk Syria - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Serangan Pakatan AS Korbankan 29 Penduduk Syria


BEIRUT: Serangan pakatan yang diketuai Amerika Syarikat (AS) di Raqa, utara Syria, membunuh 29 orang awam dalam tempoh 24 jam, menurut kumpulan pemerhati yang berpejabat di Britain semalam.

Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria (SOHR) berkata, sembilan wanita dan 14 kanak-kanak terbunuh dalam serangan udara pakatan tentera di Raqa sejak lewat Isnin lalu.

SOHR turut mendakwa 14 yang maut adalah dari satu keluarga dan menjangka jumlah kematian akan meningkat disebabkan ramai mangsa yang cedera dalam keadaan kritikal.

Perang pakatan tentera diketuai AS terhadap Daish di Syria serta Iraq memasuki tahun keempat Selasa lalu.

AS menyokong pakatan Arab-Kurdis yang berusaha mengusir Daish dari Raqa, kubu utama militan itu di Syria.

SOHR yang bergantung kepada rangkaian di Syria sebagai sumber berita kerap melaporkan kematian dalam kalangan orang awam akibat serangan udara pakatan tentera berkenaan.

Menurutnya, pihak yang bertanggungjawab dikenal pasti berdasarkan pesawat yang digunakan untuk melancarkan serangan, selain lokasi, cara penerbangan dan senjata digunakan.

Lebih 330,000 terbunuh di Syria sejak perang saudara tercetus susulan tunjuk perasaan secara aman pada Mac 2011. - AFP


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vl7tk1

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.