Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tiga Maut, Ribut Kencang Badai Utara Itali - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tiga Maut, Ribut Kencang Badai Utara Itali


ROME: Tiga orang maut dalam beberapa kemalangan ketika ribut kencang membadai utara Itali, semalam kata polis.

Ketika ini fenomena gelombang panas berpanjangan yang melanda negara ini semakin berakhir.

Seorang lelaki Belgium, 41, maut akibat dihempap pokok ketika berkhemah di kem musim panas di Rainbow Gathering lembah Tramontina di wilayah Friuli, timur laut Itali.

Mangsa kedua terbunuh apabila sebatang pokok tercabut akibat angin kuat dan menimpanya di festival di Marzia, Dolomites.

Seorang pendaki pula mati disambar petir ketika mendaki gunung di kawasan sama, iaitu Marmolada.

Sabtu lalu, seorang wanita maut apabila ribut kencang menyebabkan tanah runtuh di pinggir pusat peranginan luncur salji Cortina d'Ampezzo.

Khamis lalu, dua pesara maut di tengah dan selatan Itali selepas terperangkap dalam kebakaran hutan berpunca daripada gelombang haba dan kemarau teruk sejak beberapa minggu lalu.

Menurut pakar cuaca, taburan hujan di seluruh Itali pada Julai menurun 50 peratus dan suhu tertinggi mencecah paras sekurang-kurangnya 40 darjah Celsius di seluruh negara itu selama seminggu. - AFP


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ueZm5y

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.