Hi! Welcome Back and Stay Tune! TUMBANG SELEPAS PEGANG PISTOL BUKAN MAIN2…IKUTI PENJELASAN MAKEUP ARTIS INI - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

TUMBANG SELEPAS PEGANG PISTOL BUKAN MAIN2…IKUTI PENJELASAN MAKEUP ARTIS INI

“Melatah Pegang Pistol Bukan Olok-Olok”

AKSI jurusolek Mansur Sahri nampaknya berjaya menarik perhatian orang ramai sejak Khamis lalu apabila sebuah video menembak di lapang sasar tular telah dikongsi netizen yang tercuit hati dengan gelagat lucunya.

Mansur berkata, kelakuan itu bukanlah sengaja dibuat-buat sebaliknya disebabkan penyakit latah yang memang sudah lama dialaminya.“

Bukan buat-buat, saya memang melatah. Saya juga terkejut apabila dapat tahu video itu jadi viral sejak itu.

“Saya tak tahu siapa yang viralkan video itu kerana kami berkongsi dalam kalangan kami sahaja, tiada niat untuk viralkannya,” ujar Mansur kepada mStar Online.

Mansur diminta mengulas tentang video jurusolek melatah ketika latihan menembak di lapangan sasar.

Dalam video itu dia kelihatan seperti nak pengsan setiap kali bunyi letupan pistol yang dilepaskan.

Mansur berpengalaman sebagai jurusolek produksi drama sejak 10 tahun lalu dan pernah mendandan beberapa pelakon popular seperti Ayda Jebat, Tasha Shilla, Anzalna Nasir dan Jihan Muse.

Tambahnya, perkara itu berlaku ketika dia bersama kru produksi berada di sebuah penggambaran drama Mr Delicious baru-baru ini.

Video tersebut dimuat naik beberapa rakan artis dan pengarah yang menganggap ia sebagai lucu.

Bagaimanapun, ada juga beberapa pihak yang kurang senang dan berpendapat jurusolek itu tidak berpakaian mengikut garis panduan di lapangan sasar.

Dalam pada itu pengarah drama berkenaan, Adlin Abidin berkata, pihaknya juga dihubungi oleh pemilik lapang sasar itu selepas visual berkenaan menjadi tular di media sosial.

“Tapi kami sudah maklumkan kepada rakan-rakan yang muat naik video itu agar memadamkannya. Tapi apabila sudah terlalu ramai yang kongsi, ia sudah tidak terkawal.

“Tentang tindakan Mansur yang tidak mengikut peraturan kerana tidak memakai pakaian sempurna pula kerana dia mengalami bengkak kaki akibat penyakit gout,” ujarnya.

Credit:mstar



✍ Sumber Pautan : ☕ Tahukah Anda Rakyat Malaysia?

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vZ7dsB

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.