Hi! Welcome Back and Stay Tune! Wanita dicungkil mata, dipukul dan dibakar sampai mati oleh keluarga sendiri kerana disangka ahli sihir - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Wanita dicungkil mata, dipukul dan dibakar sampai mati oleh keluarga sendiri kerana disangka ahli sihir

Wanita dicungkil mata, dipukul dan dibakar sampai mati oleh keluarga sendiri kerana disangka ahli sihir

Wanita dicungkil mata, dipukul dan dibakar sampai mati oleh keluarga sendiri kerana disangka ahli sihir

INDIA – Seorang wanita didakwa telah didera sehingga mati oleh ahli keluarganya sendiri, termasuk dua remaja perempuan kerana percaya wanita itu adalah ahli sihir, lapor Daily Mail. 
Kanya Devi, 40, telah didera dengan begitu kejam di mana dia dibogelkan tanpa seurat benang, dipaksa makan najis dan dibakar di atas api, sebelum matanya dikorek dengan batang besi yang telah dipanaskan pada api. 
Menurut jurucakap polis tempatan, mangsa yang merupakan janda berasal dari sebuah kampung di Kadera, daerah Ajmer, negeri Rajasthan, utara India, maut akibat kecederaan parah, sebelum mayatnya dibakar oleh keluarganya bagi menyembunyikan bukti kejadian itu. 
Lima individu termasuk cucu dan anak buahnya yang dipercayai mempunyai kaitan dalam kejadian itu telah ditahan. 
Bagaimanapun polis berkata mereka agak sukar mendapatkan bukti kejadian itu kerana mayat mangsa telah dikebumikan. 
Perbuatan jenayah keluarga berkenaan hanya diketahui oleh polis selepas seorang penduduk tempatan yang juga bersaudara dengan mangsa, Mahadev Regar, pergi ke majlis pengebumian itu dan menghubungi polis selepas dia mendapat tahu bagaimana mangsa meninggal dunia. 
Menurut jurucakap polis, “Pada 8 Ogos, Mahadev telah membuat aduan pada polis, tetapi kami masih menunggu laporan polis dari keluarga terdekat wanita berkenaan. Selepas anak mangsa yang berusia 23 tahun, Maya Devi, mengemukakan aduan, barulah kami membuat laporan polis pada Ahad lalu. 
Superintendan Rajendra Singh berkata, “Mangsa didera dengan teruk. Salah seorang keluarganya telah mengaku memaksa mangsa makan najis, selain memukul dan membakarnya sehingga mati. 
“Lima daripada enam tertuduh telah ditahan dan didakwa atas tuduhan membunuh di bawah seksyen yang berkaitan dengan Akta Pencegahan Sihir Rajasthan,” katanya. 
Menurut seorang aktivis di kawasan itu, Tara Ahluwalia berkata, “Mereka mendakwa kononnya mereka diarahkan untuk membelasah Kanya kerana dia adalah ahli sihir. Tetapi punca sebenarnya adalah perebutan harta. 
“Suami Kanya telah meninggal dunia baru-baru ini dan memandangkan anak lelakinya masih kecil, saudara mara suaminya berkomplot untuk menyingkirkan dia dan merampas tanahnya,” katanya. 
Kesemua suspek-suspek yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes itu telah ditahan atas dakwaan menghapuskan bukti dan mendera mangsa sehingga mati. 
Sumber: TR


Sumber Wanita dicungkil mata, dipukul dan dibakar sampai mati oleh keluarga sendiri kerana disangka ahli sihir

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uGkTbJ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.