Hi! Welcome Back and Stay Tune! Yen Terus Mendapat Sambutan Pada Pembukaan Pasaran Forex Minggu Ini - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Yen Terus Mendapat Sambutan Pada Pembukaan Pasaran Forex Minggu Ini

Dolar lemah berbanding yen pada pasaran Eropah hari ini selepas para pelabur tidak berjaya mendapat sebarang petunjuk daripada Fed tentang polisi meraka pada hujung minggu lepas, dan juga impak ribut taufan Harvey di Texas pada ekonomi masih lagi dinilai.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan greeback berbanding enam matawang utama yang lain susut 0.10% kepada 92.38 setakat jam 2.30 petang.

Pasangan matawang USD/JPY menyusut 0.25% kepada 109.10, manakala AUD/USD didagangkan diparas 0.7946, meningkat 0.15%

EUR/USD naik 0.08% kepada 1.1936, dan GBP/USD meningkat 0.11% kepada 1.2893

Tumpuan minggu ini adalah pada laporan pekerjaan Amerika bagi bulan Ogos pada hari Jumaat nanti. Data tersebut akan menjadi sala satu petunjuk kepada hala tuju polisi Fed di masa hadapan. Para pelabur juga akan meniliti bacaan kaji semula KDNK US bagi suku tahun kedua.

Pasaran kewangan di UK tutup pada hari ini kerana cuti musim panas.

Pada Jumaat minggu lepas, dolar mula melemah selepas ucapan Janet Yellen, pengerusi Federal Reserve di persidangan ekonomi Jackson Hole tidak merujuk kearah polisi monetari, mengecewakan sebahagian pelabur yang mengharap beliau akan bernada hawkish dalam ucapan tersebut.

Indeks dolar jatuh 10% sepanjang tahun ini berikutan ketidaktentuan agenda ekonomi Amerika di bawah pentadbiran Donald Trump, dan keraguan para pelabur terhadap kenaikan kadar feadah the Fed kali ketiga tahun ini. Kadar yang rendah akan menekan dolar kebawah berikutan aset atau bon US kurang mendapat sambutan daripada para pelabur.

Matawang Euro pula menguat selepas Mario Draghi, Presiden Bank Pusat Eropah mengelak daripada memberi sebarang pandangan baru berkenaan tempoh yang bakal diambil oleh bank pusat untuk memperalahankan ransangan ekonomi, namun mengakui bahawa pemulihan ekonomi di kawasan eropah sudah mendapat momentum.

The post Yen Terus Mendapat Sambutan Pada Pembukaan Pasaran Forex Minggu Ini appeared first on MOSHED.COM.



✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xFnAY0

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.