Hi! Welcome Back and Stay Tune! Perlis Mahu Tarik Lebih Ramai Pelabur – Azlan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Perlis Mahu Tarik Lebih Ramai Pelabur – Azlan

ARAU – Kerajaan negeri Perlis kini sedang berusaha membawa lebih banyak pelabur di negeri ini bagi memastikan Perlis sebagai sebuah negeri maju dan berdaya saing.

Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man berkata Perlis bukan sebuah negeri tarikan kepada pelabur kerana tidak mempunyai kemudahan prasarana seperti di Pulau Pinang dan Kedah yang boleh menjadi tarikan kepada pelabur terutamanya pelabur asing.

“Perlis merupakan salah satu negeri yang kurang dari segi pembangunannya berbanding negeri-negeri yang lain. Saya tidak menafikan memang Perlis tertinggal kebelakang. Kerana itulah saya berusaha sekarang ini membawa Perlis untuk bersama-sama dengan negeri lain menjadi sebuah negeri kompetitif yang dapat menarik pelabur-pelabur untuk datang melabur di negeri Perlis.

“Lima belas ke 20 tahun lepas mana kita berjaya menarik pelabur. Di bawah pentadbiran saya, saya berjaya sedikit untuk menarik pelabur. Kita telah mengenal pasti ini masalah yang kita hadapi dan kita akan cuba tarik lebih ramai pelabur,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Suai Kenal Siswa Siswi Sidang Akademik 2017/2018, di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan Pakatan Harapan Perlis baru-baru ini yang menyatakan negeri itu mundur di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN).

Mengambil contoh projek pembangunan Kawasan Perindustrian Lembah Chuping, Azlan berkata projek itu mempunyai potensi untuk menarik lebih banyak pelabur menerusi pusat perniagaan bersepadu sekali gus menyumbang kepada keluaran dalam negara kasar yang mampu mengubah landskap ekonomi Perlis.

Beliau berkata pihaknya juga menaik taraf pelbagai kemudahan logistik dan infrastruktur yang ada di negeri itu termasuk Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di Bukit Kayu Hitam selain melancarkan Blueprint pembangunan negeri Perlis dalam usaha menjadikan Perlis sebagai sebuah bandar raya maju menjelang 2030.

“Selain daripada itu, kita tengah membesarkan depoh kita di Padang Besar untuk membolehkan jumlah kargo yang diterima lebih besar. Sekarang ini ada 100,000 kargo, kita telah membelanjakan RM29 juta untuk menaik taraf kemudahan di sana. Insya-Allah ia akan menjadi tarikan lagi kepada pihak pelabur,” katanya.

Pada masa sama, Azlan berkata pihaknya kini turut mengadakan rundingan dengan pelbagai pihak yang dilihat berpotensi menjadi pelabur di negeri ini, bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vwnotz

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.