Hi! Welcome Back and Stay Tune! Mahkamah Arahkan LHDN Failkan Petisyen Pemiutang, Bagi Teruskan Proses Prosiding Ke Atas Shaheizy Sam - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Mahkamah Arahkan LHDN Failkan Petisyen Pemiutang, Bagi Teruskan Proses Prosiding Ke Atas Shaheizy Sam


Pelakon Shaheizy Sam telah muncul didada akhbar dengan notis bankrap pada 26 Mei lalu. Dia diburu oleh LHDN berikutan gagal melunaskan tunggakan cukai pendapatan sebanyak RM 300,000.

Hari ini, pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah memfailkan petisyen pemiutang bagi meneruskan prosiding kes bankrap ke atas Shaheizy Sam Abd Samad, 34, yang telah ditetapkan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam sehingga 15 Februari tahun depan.

Menurut peguam LHDN, Mohamad Ezmeer Zulkarnaen Asnizar berkata, tarikh telah ditetapkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah, Siti Surieyati Mohamed Yusoff.

“Mahkamah telah mengarahkan pihak LHDN untuk memfailkan petisyen pemiutang bagi memulakan proses prosiding kes ke atas Shaheizy."

"Setelah petisyen pemiutang difailkan, mahkamah akan menetapkan tarikh bagi pendengaran kes ini,” katanya.

Shaheizy Sam telah diwakili peguam Syafinah Taib pada prosiding hari ini.

Tindakan LHDN mengiklankan notis kebankrapan pelakon Shaheizy Sam dalam akhbar adalah mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

Ketua Pegawai Eksekutif Perhubungan Awam Media LHDN, Masrun Maslim berkata, notis itu diterbitkan selepas lembaga itu mendapat kebenaran mahkamah mengenainya.

Shaheizy Sam mendakwa beliau belum mendapat sebarang notis amaran mengenai isu ini. Berikutan kenyataannya kepada media sebelum ini mengaku tidak tahu status dirinya diisytihar muflis.

Sumber- Harian Metro



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xqnAvE

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.