Hi! Welcome Back and Stay Tune! Didakwa Bakal Bercerai, Ini Jawapan Keith Foo - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Didakwa Bakal Bercerai, Ini Jawapan Keith Foo

Didakwa Bakal Bercerai, Ini Jawapan Keith Foo

Perasan juga kebelakangan ini jarang melihat gambar Keith Foo bersama isteri dimuat naik ke Instagram, rupanya ada gosip mengatakan rumah tangga pasangan ini bergolak.

Lebih menguatkan gosip itu apabila isterinya tidak mengikut Instagram Keith lagi. Namun Keith menafikan dakwaan terbabit, dan menjelaskan hubungan mereka masih bahagia.

“Kami juga ketika ini sedang sibuk membuat persiapan untuk berpindah ke rumah baharu. Semuanya baik-baik saja dan kami pun baru saja dapat anak perempuan. Dalam soal tidak mengikutinya di Instagram, saya sendiri pun tak sedar akan hal terbabit. Anak buah saya gemar melihat gambar di akaun suami saya. Mungkin dia tersalah tekan”

Keith Foo Buka Mulut Isu Didakwa Telah Bercerai Dengan Isterinya

Sementara itu, dikhabarkan juga Keith baru-baru ini terlantar di hospital berikutan masalah rumah tangga yang dihadapinya dengan isteri. Tetapi perkara itu turut dinafikan Keith, dan menegaskan insiden beliau dimasukkan ke hospital kerana mengalami kecederaan ketika bersenam hingga menyebabkan kepalanya terhantuk.

“Cerita kononnya rumah tangga kami bermasalah itu tidak benar sama sekali. Malah, kehidupan kami macam biasa saja. Baru-baru ini, memang saya dimasukkan ke hospital, tetapi disebabkan kecederaan dialami ketika bersenam. Kepala saya terhantuk pada objek keras. Jadi, dua malam juga saya terpaksa bermalam di hospital,” katanya kepada Berita Harian Online.

Macam-macam saja gosip liar yang bertebaran padahal rumah tangga Keith dan isteri bahagia sahaja rupanya. Malah pasangan ini juga baru sahaja mendapat cahaya mata baru-baru ini. Apapun semoga Keith dan isteri sentiasa berbahagia di samping anak comel mereka.


Sumber Didakwa Bakal Bercerai, Ini Jawapan Keith Foo

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vkQhgi

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.