Hi! Welcome Back and Stay Tune! Rosmah Lancar Laman Web, Buku Koleksi Resipi BAKTI - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Rosmah Lancar Laman Web, Buku Koleksi Resipi BAKTI

PUTRAJAYA – Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri (BAKTI) yang menyambut ulang tahun ke-40 penubuhannya tahun ini akan terus komited melaksanakan pelbagai aktiviti serta gerak kerja yang memfokuskan bidang kebajikan, kata isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

 

 

Rosmah Lancar Laman Web, Buku Koleksi Resipi BAKTI

Rosmah Lancar Laman Web, Buku Koleksi Resipi BAKTI

 

 

Beliau yang juga Yang Dipertua BAKTI berkata badan itu akan turut memberi tumpuan kepada program lain seperti pendidikan, bencana alam, semai bakti serta aktiviti yang memenuhi keperluan anggotanya.

Berucap merasmikan laman web BAKTI baharu sempena ulang tahun ke-40 penubuhan BAKTI di Seri Perdana di sini hari ini, Rosmah berkata laman web www.bakti.org.my itu merupakan platform atau medium yang penting untuk menyampaikan maklumat kepada masyarakat mengenai peranan serta tugas BAKTI dalam membantu golongan sasaran.

“Laman web BAKTI yang baharu telah ditambah baik seiring dengan kemajuan teknologi maklumat bagi menjadikannya lebih interaktif dan boleh diakses menggunakan telefon pintar dan tablet.

 

“Hubungan anggota-anggota BAKTI dan masyarakat akan lebih erat dan juga mesra melalui penggunaan teknologi terkini,” katanya.

Rosmah turut melancarkan buku Koleksi Resipi BAKTI sempena ulang tahun itu yang mengandungi 95 resipi terdiri daripada nasi, lauk-pauk dan juadah sampingan yang menjadi kegemaran suami anggota BAKTI.

Pada majlis pelancaran koleksi resipi itu, Rosmah dibantu chef Sabri Hassan memasak ikan patin tempoyak, yang merupakan juadah kegemaran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, di hadapan para tetamu.

Perdana Menteri sejurus tiba di Seri Perdana pada kira-kira 1.22 tengah hari naik ke atas pentas untuk merasa lauk patin masak tempoyak yang dihasilkan menggunakan ikan patin dari Sungai Jelai, Pahang sebelum hidangan berkenaan disajikan di meja utama.

Najib kemudiannya turut menyaksikan penyampaian setem khas kenangan sempena 40 tahun BAKTI daripada Ketua Pegawai Eksekutif Pos Malaysia Bhd., Datuk Mohd Shukrie Salleh kepada Rosmah.

Hadir sama pada majlis itu ialah Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari. – BERNAMA

 



Sumber Rosmah Lancar Laman Web, Buku Koleksi Resipi BAKTI

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wbxpPK

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.