Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bagaimana Lim Kit Siang Dapat Kerakyatan? Adakah Mahathir Membantu Beliau? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bagaimana Lim Kit Siang Dapat Kerakyatan? Adakah Mahathir Membantu Beliau?




KENYATAAN MEDIA

UNTUK SIARAN SEGERA

PERTUBUHAN MINDA DAN SOSIAL PRIHATIN (PMSP)




Tajuk : Bagaimana Lim Kit Siang Dapat Kerakyatan? Adakah Mahathir Membantu Beliau?

Jika Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang tidak dilahirkan di Malaysia sebaliknya datang ke Malaysia pada tahun 1957, bagaimana beliau mendapatkan hak warganegara Malaysia pada masa itu kerana syarat utama untuk mendapatkan taraf rakyat Malaysia ialah mereka mesti dilahirkan dalam negara, berusia 13 tahun ke atas dan telah tinggal di Tanah Melayu pada masa itu selama lima tahun.

Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) Ramesh Rao hari ini dalam satu kenyataan media mempersoalkan taraf kerakyatan Kit Siang yang diragui kerana sebelum beliau diketahui sebagai tiba di Malaysia pada tahun 1957 tahun kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.

Menurut sejarah, bagi pemohon yang berumur 18 tahun ke atas, tidak dilahirkan di Persekutuan pada masa itu, tetapi berada di Tanah Melayu pada hari merdeka, mereka hanya layak memohon jika mereka tinggal selama lapan tahun dari jumlah 12 tahun sebelum memohon menjadi warganegara.

Ramesh berkata, pemohon mesti berkelakuan baik serta bertujuan untuk menjadikan Persekutuan Tanah Melayu sebagai tempat tinggal mereka yang tetap.

"Saya ingin tanya kepada Kit Siang, bagaimana beliau dapat kerakyatan di negara ini jika baru sampai ke Malaysia pada tahun 1957 seperti yang tertulis di Wikipedia? Siapa bantu dia?" kata Ramesh.

Pihak PMSP kemudian membuat pemeriksaan lanjut dan mendapati ada klausa pemohon berkenaan mesti berkelakuan baik dan sebab itu sejak merdeka sehinggalah pada tragedi 13 Mei 1969, nama Kit Siang ini tidak terlalu dikenali.

Ramesh berkata ini adalah kerana pemimpin veteran DAP berkelakuan baik dan tidak membuat kecoh bimbang kalau permohonan menjadi warganegaranya tidak akan diluluskan.

"Adakah Mahathir terlibat dalam membantu memberikan kerakyatan kepada Kit Siang?

"Saya bimbang kalau-kalau Mahathir juga terlibat dalam melatih Kit Siang sehingga beliau buat kecoh di Kuala Lumpur ketika kejadian 13 Mei 1969.

"Lihat sahaja rentetan tahun itu, 1957, Kit Siang tiba di Malaysia, 1969 cukup-cukup 12 tahun untuk Kit Siang mohon jadi warganegara, 13 Mei kejadian rusuhan kaum itu berlaku dan 16 Jun, kira-kira sebulan lebih selepas itu, Mahathir pun hantar surat kepada Tunku persoalkan kepimpinan Almarhum Tunku pada masa itu," kata Ramesh.

Menurut beliau, pihak berkuasaperlu menyiasat adakah Mahathir dan Kit Siang ada kaitan dalam menjayakan kejadian hitam 13 Mei berkenaan kerana dari kajian yang dilakukan badan bukan kerajaan (NGO) pimpinan Ramesh, ia menunjukkan ada unsur yang boleh mencurigakan.

"Adakah Mahathir sebenarnya bantu Kit Siang pada 1969 masih berusia 16 tahun jika dilahirkan pada 1941, supaya buat kecoh pada 1969, Kit Siang berusia 28 tahun dan berdarah muda, lakukan provokasi.

"Kita bimbang, rupa-rupanya Mahathir dan Kit Siang adalah rakan bersubahat selama ini dalam kejadian tragedi berdarah 13 Mei berkenaan," kata Ramesh.




Ramesh Rao Krishnan Naidu
Presiden PMSP
28 Ogos 2017

✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wV7RXK

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.