Gimnas Amy Kwan Menangi Pingat Emas Ke-100 M’sia
KUALA LUMPUR – Malaysia hari ini memenangi pingat emas ke-100 pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) apabila Amy Kwan Dict Weng menyumbangkan kilauan emas dalam acara aparatus reben individu gimnastik berirama (Gimrama).
Gimnas negara itu memperoleh 15.750 mata untuk mengatasi rakan senegara Koi Sie Yan yang mendapat 14.700 mata untuk pingat emas pada pertandingan yang berlangsung di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini.
Pingat gangsa menjadi milik gimnas Thailand Panjarat Prawatyotin dengan 13.700 mata.
Malaysia menyasarkan 111 pingat emas untuk muncul juara keseluruhan Sukan SEA Ke-29. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vkl8tp
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment