Hi! Welcome Back and Stay Tune! Video: Lelaki Indonesia ini mulanya menyamar jadi penyokong Malaysia dan mahu kutuk Malaysia, namun akhirnya tak jadi setelah… - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Video: Lelaki Indonesia ini mulanya menyamar jadi penyokong Malaysia dan mahu kutuk Malaysia, namun akhirnya tak jadi setelah…

RASA-RASANYA perlawanan bola sepak separuh akhir antara pasukan Malaysia dan Indonesia antara yang dinanti-nantikan. Lebih-lebih lagi selepas timbulnya isu bendera dicetak terbalik dan juga isu pemain sepak takraw wanita Indonesia keluar padang ketika perlawanan sedang berlangsung.

 

Video: Lelaki Indonesia ini mulanya menyamar jadi penyokong Malaysia dan mahu kutuk Malaysia, namun akhirnya tak jadi setelah...

Video: Lelaki Indonesia ini mulanya menyamar jadi penyokong Malaysia dan mahu kutuk Malaysia, namun akhirnya tak jadi setelah…

 

 

Sudah pasti terbit juga kebimbangan kalau-kalau akan ada pergaduhan antara kedua-dua penyokong. Tetapi syukur, mujur tiada apa yang serius terjadi.

Baru-baru ini seorang pemuda Indonesia menerusi laman Facebooknya mengakui yang dia datang ke Malaysia untuk buat protes isu bendera negaranya yang dicetak terbalik. Dia juga mahu menuntut keadilan akan isu sepak takraw wanita Indonesia yang disalahkan empat kali ketika servis yang dilakukan.

Pemuda yang dikenali sebagai Andri Suwarno juga ada menyatakan hasratnya untuk membuat protes secara langsung di Stadium Shah Alam jika ada penyokong-penyokong Malaysia yang cuba merendahkann Indonesia semasa perlawanan separuh akhir itu berlangsung.

Andri yang juga menyertai puluhan ribu penonton yang membanjiri stadium semasa perlawanan separuh akhir mengakui menyamar menjadi penyokong Malaysia dengan memakai topi Harimau Malaya serta mafla Malaysia. Menurutnya, dia berbuat demikian kerana dia percaya untuk mendapatkan sesuatu informasi, dia perlu berada dalam kalangan rakyat Malaysia sendiri. Namun, yang sebenarnya hidup matinya hanyalah untuk bendera merah putih itu.

Walau bagaimanapun, niat asalnya untuk membuat protes dibatalkan apabila menyedari penyokong-penyokong Malaysia tidak langsung merendah-rendahkan Indonesia.

Malah dia juga turut mengakui video penyokong Malaysia bertindak kasar yang tular di Indonesia sama sekali tidak benar dan turut menyeru supaya tidak ada pihak mengadu dombakan kedua-dua negara sehingga menjadi fitnah.

“Alhamdulillah selama perlawanan berlangsung tidak ada jeritan dan perbuatan yang racist. Jika nanti ada video yang berbentuk racist, saya akan pastikan ianya diedit. Penyokong Malaysia sangat berintelek dan berpendidikan,” tulisnya.

Bukan itu sahaja, malah pemuda ini turut memuji penyokong Malaysia yang menunaikan solat Maghrib berjemaah sebelum perlawanan bermula. Dia juga tidak lupa mengingatkan penyokong Indonesia untuk selalu mendahulukan Allah dalam setiap keadaan.

Kini, posting berkenaan telah mendapat lebih 5,000 like dan juga hampir 1,500 perkongsian. Rata-ratanya memuji Andri dan mengharapkan hubungan antara dua negara jiran ini kekal baik.

Rasa-rasanya pemuda ini harus dipuji dan ini merupakan bukti antara Malaysia dan Indonesia masih kekal bersaudara. Jadi, salam serumpun dari kami, rakyat Malaysia!

 

 

Sumber: MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim

 



Sumber Video: Lelaki Indonesia ini mulanya menyamar jadi penyokong Malaysia dan mahu kutuk Malaysia, namun akhirnya tak jadi setelah…

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vkRJzd

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.