Hi! Welcome Back and Stay Tune! Rayvolt Cruzer – Basikal Elektrik Dengan Rekaan Retro Bergaya - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Rayvolt Cruzer – Basikal Elektrik Dengan Rekaan Retro Bergaya

Di Malaysia penggunaan basikal kini mula digalakkan di tengah ibu kota Kuala Lumpur dengan pengenalan perkhidmatan perkongsian basikal seperti Obike. Tetapi mengayuh di bawah cahaya matahari yang terik pasti memenatkan. Oleh itu basikal dengan kuasa elektrik mungkin boleh diperkenalkan di masa hadapan. Rayvolt Cruzer ialah basikal elektrik yang bukan sahaja mengurangkan kayuhan malahan mempunyai rekaan retro bergaya.

 Basikal ini kelihatan seperti motosikal pasca perang dunia kedua. Ia dilengkapi motor elektrik 1000 Watt yang memberikan kelajuan maksimum 25 km/j. Bateri 1134 Wh buatan Samsung digunakan dengan sokongan pengecasan pantas kurang daripada tiga jam. Panel solar boleh lipat turut disertakan bagi membolehkan Cruzer dicaj tanpa palam elektrik.

Sebuah paparan LCD 4.5″ diletakkan bagi memaparkan kelajuan serta tahap bateri. Sistem brek cakera dengan sistem regen membolehkan bateri dicas semula apabila basikal membrek. Harga jualan Rayvolt Cruzer bermula dari € 2700 (~RM 13752) sebuah.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vCMqWZ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.