Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Belajar tinggi tapi akal pendek!” – Kena ambil ganja sebelum study konon untuk mudah faham dan ingat, 10 pelajar IPTS dikantoikan AADK - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Belajar tinggi tapi akal pendek!” – Kena ambil ganja sebelum study konon untuk mudah faham dan ingat, 10 pelajar IPTS dikantoikan AADK

KUALA LUMPUR – Sekumpulan 10 penuntut sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di Shah Alam memberikan alasan ‘karut’ apabila mendakwa perlu mengambil ganja sebelum memulakan ulang kaji pelajaran secara berkumpulan kononnya untuk mudah faham dan mengingati apa yang dipelajari.

 

"Belajar tinggi tapi akal pendek!" - Kena ambil ganja sebelum study konon untuk mudah faham dan ingat, 10 pelajar IPTS dikantoikan AADK

“Belajar tinggi tapi akal pendek!” – Kena ambil ganja sebelum study konon untuk mudah faham dan ingat, 10 pelajar IPTS dikantoikan AADK

 

 

Dalam serbuan Op Cegah di sebuah pangsapuri di Shah Alam kira-kira jam 2 pagi semalam, kumpulan penuntut yang ditahan penguat kuasa Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Petaling Jaya sengaja memberikan pelbagai alasan demi untuk melepaskan diri.

Pemangku Ketua Pegawai AADK Daerah Petaling, Shahrilnizar Nordin berkata, ketika serbuan pengawal keselamatan pangsapuri berkenaan tidak memberikan kerjasama apabila mengunci tayar kenderaan dinaiki AADK.

Menurutnya, bagaimanapun serbuan tetap dijalankan sebelum mendapati penuntut terbabit dalam keadaan lalok di sebuah unit pangsapuri dipercayai disewa mereka.

 

“Pemeriksaan ke atas semua individu berusia 19 tahun hingga 23 tahun itu mendapati mereka positif ganja. Turut ditemui peralatan menghisap dadah dan ganja.

“Mereka yang melanjutkan pengajian pada peringkat diploma dan ijazah sarjana muda memberi alasan perlu menghisap ganja sebelum belajar secara berkumpulan,” katanya.

Katanya, semua penuntut itu dibawa ke pejabat AADK Petaling untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, dalam serbuan berasingan, lapan individu berusia antara 20 tahun hingga 30 tahun ditahan di Damansara Perdana kerana positif dadah.

Katanya, semua yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Akta Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan) 1983.

“Operasi diteruskan bagi menangani masalah penagihan dadah dalam kalangan masyarakat dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai lokasi penagihan dadah boleh menyalurkan kepada mana-mana pejabat AADK untuk diambil tindakan,” katanya. – Harian Metro

 



Sumber “Belajar tinggi tapi akal pendek!” – Kena ambil ganja sebelum study konon untuk mudah faham dan ingat, 10 pelajar IPTS dikantoikan AADK

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xqyaTC

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.