Hi! Welcome Back and Stay Tune! Thanabalan tak 'eksyen' cuma nakal sikit - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Thanabalan tak 'eksyen' cuma nakal sikit

“SAYA tahu dia tak ‘eksyen’ (berlagak), sebab kalau dia jaringkan gol pun dia tak akan beritahu saya.

“Saya selalu nasihatkan dia supaya jangan leka, kerja kuat lagi. Dia anak yang baik walaupun nakal sikit,” kata V Thirusundari, ibu penyerang muda negara N Thanabalan menjelang perlawanan akhir menentang Thailand di Stadium Shah Alam esok.

Bagi Thirusundari, dia tidak kisah siapa jaringkan gol asalkan Malaysia menang.

“Cuma saya harap dia boleh bermain lebih baik pada final nanti,” kata nya.

Menurutnya, sebagai ibu dia sentiasa memberi sokongan kepada anaknya itu supaya tidak tertekan dengan harapan tinggi rakyat Malaysia terhadap skuad bawah 22 tahun (B-22) negara untuk meraih emas di tempat sendiri.

Thirusundari, 52, sudah tidak bekerja kerana menguruskan suaminya yang lumpuh selepas terbabit dalam kemalangan pada 2013.

Katanya, dia percaya Thanabalan yang kini bertanggungjawab menyara keluarga, tidak akan lupa diri biarpun kini menjadi perhatian ramai.

Menurutnya, dia tidak tahu sangat mengenai pasal bola sepak.

“Suami (S Nadarajah) yang selalu bercerita pasal bola kepada saya. Saya tahu Thana (Thanabalan) suka main bola sepak dan kami sekeluarga tidak ada halangan,” katanya.

Buat pertama kali Thirusundari hadir menyaksikan Thanabalan beraksi di Stadium Shah Alam ketika perlawanan separuh akhir dengan Indonesia kelmarin.

Kehadirannya bersama ahli keluarga dari Seremban itu berbaloi apabila anaknya menjaringkan gol tunggal kemenangan ke atas Indonesia untuk membawa Malaysia ke final selepas kali terakhir melakukannya ketika muncul juara di Jakarta pada 2011.

“Saya tak biasa ke stadium, tapi kali ini saya mahu beri semangat kepada Thana.

“Saya gembira dia jaringkan gol tapi paling gembira sudah pasti ayahnya,” katanya yang merancang ke Stadium Shah Alam untuk menyaksikan final.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xGlzuG

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.